top of page

Lawan al Quran: Presiden Pas didesak tarik balik tuduhan



Kenyataan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang yang mendakwa KEADILAN melawan Al-Quran disifatkan satu serangan fitnah berniat jahat terhadap ahli dan parti itu.


KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan mengecam keras kenyataan Abdul Hadi itu yang dimuatnaik di ruangan minda presiden Pas melalui laman sosialnya dan mendesak ianya ditarik balik.

"Ahli KEADILAN terdiri daripada berbilang kaum dan budaya, namun bagi ahli yang beragama Islam, kami dididik di dalam parti supaya patuh kepada ajaran al-Quran.


"Bahkan setiap dasar parti yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti sentiasa dirujuk kepada cendikiawan Islam yang bersama-sama dalam saf kepimpinan parti," tegas kenyataan itu.


Menurut kenyataan Biro penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman itu lagi, dasar-dasar KEADILAN didokong oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan pro-Islam yang ternama seperti ABIM, malah parti itu juga sering menganjurkan program-program berbentuk keagamaan untuk ahli mereka.


"Justeru atas dasar apa tuduhan seperti itu dilempar?


"KEADILAN Kemaman mendesak Presiden PAS menarik semula tuduhan yang sama sekali tidak berasas seperti ini.


"Sentimen agama sempit tidak ada ruang di dalam negara ini selaras dengan Malaysia Madani yang menekankan kesederhanaan dan juga toleransi sesama Islam dan bukan Islam," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page