Lawak bodoh kontena jenazah Covid 19: MB Kedah perlu mohon maaf - AMK


Angkatan Muda KEADILAN Kedah (AMK) mengutuk keras kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu penyediaan kontena bagi jenazah pesakit Covid-19, semalam.


Menurut Ketua AMK Kedah, Mohamad Firdaus Johari, lawak bodoh Sanusi “Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama” sangat tidak sesuai diucapkan dalam sidang media selepas beliau melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pertama Negeri Kedah di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani.


"AMK Negeri Kedah melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan media yang dibuat oleh MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu kontena bagi jenazah pesakit Covid-19.


"Ekoran kenyataan MB Kedah itu, AMK Kedah menuntut agar beliau membuat permohonan maaf secara terbuka, khususnya terhadap rakyat Kedah.


"Respons yang dibuat adalah sangat biadap, kurang ajar dan tidak sensitif terhadap rakyat yang telah kehilangan ahli keluarga dengan menjadikan isu kematian sebagai bahan jenaka," katanya.


Bagi Firdaus, gurau kasar MB tersebut tidak boleh dipertahankan meskipun sebagai suatu sindiran kepada rakyat supaya lebih menjaga prosedur operasi standard (SOP) atau pun berhati-hati menghadapi wabak korona virus.


"Mungkin akan ada penyokong tegar dari Psa yang mempertahankan MB Kedah dengan mengatakan jenaka tersebut cara beliau menyindir rakyat yang tidak menjaga SOP.


"AMK Kedah sebaliknya ingin mengingatkan bahawa MB merupakan individu yang telah didapati melanggar SOP, dan dikenakan kompaun berhubung kes memandu uji kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Seberang Perai, pada 5 Jun 2021 lalu," ujarnya.


Beliau juga mengingatkan bahawa telah berlaku peningkatan mendadak jumlah jangkitan harian Covid 19 di Kedah sejak beberapa hari lalu tetapi MB tidak pula memberikan respons mengenai hal mendesak itu.


Menurut Firdaus, merujuk kepada laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, sebanyak 53,474 jumlah kes Covidtelah dicatatkan di Kedah, di mana 22 kes kematian baharu dilaporkan semalam.


"Sehubungan dengan pengumuman dan angka besar yang dibanggakan oleh Menteri Besar Kedah mengenai kemasukan pelaburan asing (FDI) yang diluluskan berjumlah RM42.4 bilion setakat suku pertama tahun 2021, AMK Kedah menggesa agar Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kewangan ke hospital di seluruh negeri bagi membeli kelengkapan tambahan hospital seperti katil, tabung oksigen, kontena dan sebagainya dalam usaha untuk menambah baik pengurusan pandemik Covid-19 di negeri Kedah," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER