top of page

Latihan TVET: Selangor perkenal program peningkatan skil, pendapatan tinggi

Updated: Mar 24



Kerajaan Selangor telah melaksanakan program latihan kemahiran TVET dan peningkatan skil bagi membolehkan graduan teknikal memperolehi kerjaya berpendapatan tinggi.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.


Menurut Amirudin, peningkatan skil dan latihan TVET merupakan salah satu manifesto utama pilihan raya negeri Pakatan Harapan menerusi janji "5 tekad 5 tahun" untuk menghasilkan 100,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.


"(Hal) itu yang kita buat dan kita cuba pastikan untuk memperbaiki eko-sistem kita, teknikal dan vokasional untuk memastikan kita boleh mencapai dan dapatkan palajar terbaik dan jadikan mereka pekerja berskil tinggi dan tawarkan mereka pekerjaan berpendapatan tinggi.


"Terdapat banyak sektor elektrik, elektronik, bio-teknologi, aero-angkasa dan berasaskan rel di Selangor.


"Kita terus berkomunikasi dengan industri, apa sektor yang perlukan dimasukkan, jenis skil, tranformasi, digitalisasi juga industri IR 4.0," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ekspo.


Kata Amirudin, pendidikan yang mempunyai rantaian langsung dengan pihak industri telah dimulakan di Selangor yang mana mesin industri teknologi terkini dipinjamkan dari kilang pelabur luar untuk digunakan di institut latihan pelajar TVET.


Pelajar yang dilatih dalam setahun dan mahir dalam pengendalian mesin berkenaan, katanya, kemudian ditawarkan berkerja kepada industri besar dengan gaji yang lumayan.


"Kita nak lengkapkan kesemua eko-sistem (latihan TVET). Selepas ini kita nak tengok pembinaan modul. Modul itu akan dibuat oleh pensyarah kita agar boleh maching (latihan dan keperluan industri).


"Selepas itu kita akan masuk ke sekolah sekolah supaya boleh membentuk pelajar tingkatan 3 hingga 5 ke arah bidang apa," katanya lagi.


Tambah Amirduin, peringkat seterusnya agensi Kerajaan Negeri akan menjadi pelengkap kepada usaha pelaksanaan pelan latihan kemahiran kebangsaan yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Persekutuan.


Katanya, Selangor akan menyediakan industri dalam jalinan kerjasama untuk dirangkaikan dengan sekolah agar keperluan latihan dan modul lebih berasaskan keperluan sebenar industri untuk memudahkan para guru menyediakan murid murid yang sesuai mengikuti bidang kemahiran yang diperlukan.


Ekspo selama 2 hari itu menyaksikan sebanyak 30 booth pameran disediakan untuk orang ramai mengetahui latihan TVET yang disediakan. Juga terdapat booth dari jabatan beruniform seperti imigresen, kastam dan sebagainya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page