top of page

Latih atlet tiada peruntukan, kontrak makanan KBS RM43 juta ada pula dana?



Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggugurkan banyak atlet dalam Program Podium yang melatih bakat baharu menjadi bintang sukan akibat kekurangan peruntukan mengejutkan rakyat, namun kini sekali lagi rakyat terkejut kerana kementerian itu menawarkan kontrak penyediaan makanan di Institut Latihan KBS, bernilai RM43 juta.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Chua Wei Kiat, perkembangan terbaharu ini agak merisaukan kerana jumlah peruntukan membekal makanan tersebut dikirakan besar.


"AMK ingin mempersoalkan, ketika Program Podium ini tidak diberi peruntukan dalam Bajet 2022 dengan alasan Kerajaan mahu memberi fokus kepada isu Covid 19 serta pembangunan ekonomi, tetapi bagaimana pula muncul perbekalan makanan bermasak di Institut Latihan KBS yang bernilai RM43juta dalam Bajet 2022," katanya.


Ahli Dewan Negeri Rawang, Selangor itu berhujah, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membolehkan program latihan atlet berprestasi tinggi dapat dilaksanakan, namun yang menjadi persoalan, kontrak penyediaan makanan pula mendapat peruntukan yang lebih tinggi berbanding latihan atlet.


"Adakah penyediaan makanan lebih penting berbanding peruntukan latihan atlet? Adakah pembangunan bagi mencari pelapis atlet yang boleh mengharumkan nama negara tidak lagi sesuatu yang penting bagi kerajaan hari ini?


"Sebagai makluman, Program Podium telah dilaksanakan pada tahun 2016 bagi melahirkan atlet berprestasi tinggi. Pada tahun 2018 peruntukan untuk Podium Program adalah RM90 juta dan pada tahun 2019 peruntukan bagi program melonjak sehingga Rm118juta


"Bagio saya, amat tidak munasabah di sebalik kekangan kewangan sehingga elaun para atlet dipotong dan lebih separuh atlet diberhentikan dari menyertai Program Podium, KBS membuka pula kontrak RM43juta bagi membekalkan makanan," katanya lagi.


Tegas Chua, melalui Bajet 2022 ternyata pihak KBS gagal atau tidak tahu menggunakan peruntukan sedia ada dengan sebaik mungkin bagi industri sukan dan atlet, sebaliknya KBS fokus kepada perkara perkara yang kurang penting.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page