top of page

Larangan telefon bimbit: PN Johor takut kena rakam?


Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam bertindak melarang semua ADUN membawa telefon bimbit dalam sidang hari ini.


Kalau ADUN tetap membawa telefon bimbit, mereka diminta untuk menyimpannya dalam peti simpanan.


Jika diikutkan arahan yang dikeluar oleh jurutulis DUN Johor, Shubanah Yusuf, dia langsung tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke sidang DUN.


Hanya satu penjelasan yang munasabah.


ADUN Perikatan Nasional mungkin takut perangai sebenar mereka dirakam dan ditularkan di media sosial kerana cuba melucutkan jawatan Speaker DUN, Suhaizan Kayat secara paksa, tanpa mengikut perlembagaan negeri.


Mereka tidak mahu menjadi bahan berita dan mangsa kutukan rakyat sama seperti apa yang berlaku di sidang DUN Melaka dan Perak.


Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil dalam sidang DUN Johor selaku ADUN Gambir.


Larangan telefon bimbit itu turut dipertikaikan oleh ADUN Pakatan Harapan kerana arahan itu jelas tidak dibuat oleh Speaker.


Yang peliknya, sidang DUN Johor hanya akan membabitkan titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan tiada sebarang soalan, usul atau rang undang-undang akan dikemukakan.


Jadi, apa yang perlu ditakutkan? Apa yang ingin disembunyikan sebenarnya?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page