top of page

Larangan bertukar parti perlu didukung semua negeri - Yuneswaran



Pelucutan keahlian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke atas 4 orang ADUN, termasuk ADUN Seberang Jaya seharusnya dijadikan pedoman oleh ahli ahli politik agar tidak melompat parti pada masa hadapan.


Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, perkembangan di Pulau Pinang itu sewajarnya membuka mata negeri negeri lain di Malaysia yang belum mewartakan enakmen bertukar parti agar segera melakukannya demi mengembalikan kepercayaan rakyat ke atas institusi pemerintahan.


"Pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan pematuhan-pematuhan terhadap larangan bertukar parti oleh seseorang ahli Dewan Rakyat harus dijadikan sebagai garis panduan perundangan oleh negeri-negeri yang masih belum memuktamadkan rang undang-undang enakmen sekatan bertukar parti, terutamanya negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas iaitu Terengganu, Perlis dan Kedah.


"Selain dua negeri tersebut, negeri-negeri lain seperti Johor, Perak dan Melaka juga harus mengikuti langkah negeri-negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang telah mempamerkan tekad politik yang jitu untuk memastikan enakmen larangan bertukar parti dijadikan sebagai lunas perundangan negeri sejajar dengan aspirasi yang dipahatkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI yang mendukung sepenuhnya agenda pembanterasan lompat parti yang merupakan ‘political crime’ yang jelik dan dibenci oleh rakyat sebagai pengundi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Yuneswaran lagi, sebagai Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan beliau mempunyai wawasan untuk melihat ketamadunan MADANI yang sedang direncanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dibangunkan secara lestari dengan semangat demokrasi yang tinggi.


Tegas beliau, Malaysia MADANI tidak boleh dibiarkan daripada terus dicerobohi oleh tengan-tangan ghaib yang sentiasa mahu merosakkan pelan reformasi negara.


Belaiu juga menyentuh negeri Sabah yang begitu banyak berlaku pertukaran kerajaan secara lompat parti sebelum ini supaya memutuskan untuk mengakhiri peristiwa sedemikian pada masa akan datang.


"Saya percaya Kerajaan Negeri (Sabah) tidak akan melengahkan lagi untuk melaksanakan undang-undang khusus berkaitan larangan bertukar parti yang selama ini dituntut oleh rakyat negeri itu yang semakin hari semakin bimbang dengan resam politik negeri tersebut yang tidak henti-henti menyambut ‘katak-katak politik’ yang melompat sewenang-wenangnya dari satu parti ke parti yang lain tanpa rasa berdosa.


"Saya juga meletakkan harapan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUndang dan Reformasi Institusi) dapat mewujudkan satu mekanisme yang praktikal dan realistik bagi mendorong negeri-negeri yang masih belum memuktamadkan enakmen perundangan mengenai pematuhan terhadap larangan bertukar parti, termasuklah negeri jelapang padi yang dipimpin oleh Muhammad Sanusi Md Nor


"Mekanisme yang efektif amat penting bagi memastikan segala intipati serta klausa perundangan larangan bertukar parti yang akan menjadi enakmen undang undang bertulis bagi setiap negeri bertepatan dengan pematuhan-pematuhan yang tertulis secara zahirnya di dalam Seksyen 7A Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page