top of page

Laporan Suhakam sentuh politik sempit agama, perkauman - Saifuddin



Politik sempit agama dan perkauman turut disentuh dalam Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melanjutkan isu laporan tersebut dalam sidang media di lobi Parlimen selepas penggulungan.


Katanya, isu berkenaan perkara 3R yang terkandung dalam laporan itu telah menjadi fokus pihak polis dan satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengekang unsur tersebut digunakan dalam politik.


"Dalam Laporan Suhakam turut menyentuh perkara tentang 3R (Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja). Kerana itu tadi saya sebut PDRM mengambil langkah kepada perkara yang dimaksudkan dalam laporan itu dengan diwujudkan pasukan khas untuk (bertindak segera) kalau ada laporan menyangkut 3 perkara ini dan dibuka kertas siasatan, dilengkapkan kemudian dihantar kepada Peguam Negara.


"Kerana itu dalam perbahasan saya sebut bahayanya jika perbezaan politik dijadikan sebagai asas perbezaan akidah. Tidak boleh hanya sokong kita, Islam; tidak sokong kita dianggap tidak beriman atau berakidah seperti disebut oleh Marang beberapa hari lepas yang mendapat liputan meluas


"Jadi dalam politik lebih baik kita bertarung dari sudut idea, polisi. Tentang pendidikan, kemiskinan, membangun negara dan ekonomi serta mengagihkan kekayaan negara dengan adil.


"Masalah kita ini 'bahasa' yang sering diungkap oleh Marang yang jarang hadir dalam parlimen, itu masalahnya. Dia tak ada engagement secara bersemuka," katanya.


Saifuddin berbalik kepada pengalaman beliau di parlimen sejak 2008 yang mendapati Ahli Parlimen Marang, Hj Hadi Awang amat jarang bersemuka dengan mana mana anggota dewan sama ada Menteri atau Ahli Parlimen untuk melakukan tanya jawab yang selayaknya.


"Macam kenyataan terbaharu semalam. Tidak beriman, tidak berakidah, dipimpin oleh pemimpin tidak bermoral, tidak berakhlak.


"Saya kata sementera Laporan Suhakan membuat teguran dalam perkara 3R ini, dalam berpolitik biar kita bertarung dari segi dasar, perbezaan politik tidak menjadi perbezaan akidah. Jangan ambil kerja Tuhan, kerja kita pula meletakkan dia beriman atau tidak, masuk syurga atau neraka," katanya.


Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Menteri KDN menyentuh mengenai laporan pemerdagangan manusia yang akan dikeluarkan oleh pihak Amerika Syarikat (AS) esok, yang mana sebelum ini kedudukan Malaysia agak rendah dan Kerajaan ketika ini cuba memperbaikinya.


"Perkara pertama adalah kedudukan Malaysia pada Tier 3 dalam laporan aktiviti permerdagangan manusia yang dikeluarkan oleh AS.


"Untuk 2023 yang keputusannya akan diumumkan 15 Jun malam. Esok saya dan pegawai akan melakukan engagement dengan pihak kedutaan AS berhubung laporan ini," katanya.


Dari segi rekod, kata Saifuddin, layanan kepada pendatang asing adalah baik dan tidak ada pendatang asing dianiaya.


"Kita tempatkan mereka di pusat perlindungan, semua negeri di Malaysia ada pusat perlindungan.


"Terakhir kita buka di Sarawak beberapa bulan lepas. Bermaksud mereka bebas bergerak malah kita fasilitate mereka untuk dapat pekerjaan.


"Kita juga adakan sesi libat urus berterusan untuk membina kesedaran awam berdasarkan isu pemerdangan manusia ini," katanya.


Perkara perkara tersebut, kata Saifuddin penting sebagai kayu ukur untuk Malaysia diberi penilaian sama ada lebih baik dari sudut kedudukan sekarang untuk mendapat kedudukan lebih baik.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page