Laporan polis KEADILAN Tambun, Najib cuai bayar pajakan Kesultanan Sulu



Kegagalan bekas Perdana Menteri Najib Razak membayar ufti tahunan kepada waris Kesultanan Sulu RM5,300 setahun telah menyebabkan Malaysia 'perlu membayar' tuntutan sekitar RM67.5 bilion


Sehubungan itu, mantan calon Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar, kiri sekali), membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, Perak hari ini kerana kecuaian pentadbiran Najib yang menyukarkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa apabila waris Kesultanan Sulu mula merampas aset aset Petronas.


"Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013.


"Sepatutnya, sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.


"Keputusan itu mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia.


"Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017 semasa Dato’ Seri Najib masih menjadi Perdana Menteri," katanya dalam laporan polis berkenaan.


Justeru, Mustapa mahu Najib disiasat di bawah sebarang akta yang bersesuaian kerana menyukarkan kedudukan negara akibat kecuaian beliau.


"Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta supaya pihak berkuasa menyiasat Datuk Seri Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan, seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Datuk Seri Najib dalam menangani isu ini," katanya


Beliau berharap laporan tersebut akan membuka kertas siasatan untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian


"Saya membuat laporan ini demi menjalankan tanggungjawab sivik saya sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER