
Laporan polis di seluruh negara dibuat hari ini berikutan kecuaian pentadbiran bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga menyebabkan waris Kesultanan Sulu berjaya menuntut RM67 bilion daripada kerajaan Malaysia
Cabang KEADILAN Shah Alam tidak terkecuali melakukan aksi sama.
Menurut Timbalan Ketua Cabang Shah Alam, Najwan Halimi, laporan polis terhadap Najib diharap akan membuka mata rakyat dan menilai kembali watak 'Bossku' yang sibuk membina imej bijaksana sejak kontroversi rampasan aset negara tercetus minggu lalu.
"Proses buat laporan berjalan lancar, kerjasama oleh pihak polis. Kita telah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang minta pihak berkuasa siasat kecuaian Datuk Seri Najib bersabit isu tuntutan waris Kesultanan Sulu hampir RM70 bilion.

"Laporan ini bukan sahaja setakat di Shah Alam tetapi juga di seluruh negara," katanya sebaik sahaja keluar dari IPD Shah Alam, pagi tadi.
Terdahulu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim juga membuat laporan polis di balai polis sama meminta agar Najib disiasat.
"Kita datang hari ini buat report akibat kecuaian Datuk Seri Najib kepada waris Kesultanan Sulu," katanya.