Laporan Ketua Audit Negara: Rugi RM600 juta, era PN lebih teruk - Guan Eng



Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah selama 18 bulan menyebabkan negara kerugian RM600 juta amat mengejutkan.


Mengulas hal itu, mantan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng berkata, tempoh pentadbiran PN walaupun lebih singkat daripada Pakatan Harapan (PH) namun mencatat rekod yang sangat buruk dan menjadi satu duluan yang tidak baik bagi perakaunan negara.


"Apa yang kita lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah ada RM522 juta ringgit hutang telah dimaafkan.


"Perkara itu perlu disoal siasat dan diperiksa. PAC (jawatankuasa Kira kira Wang Negara) akan siasat perkara ini. Kerugian RM600 juta yang dinyatakan oleh PAC, tetapi kalau kita lihat semua yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara (era PN) ini lebih teruk daripada era PH.


"Kita lihat 2020 adalah tahun pertama di bawah PN, tidak ada kebaikan dan kemajuan langsung. Ini memberi gambaran keadaan jadi lebih teruk, dan kita lihat tidak ada komitmen ke atas akauntabiliti juga ketelusan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.


Menurut Guan Eng lagi, tiadanya akauntabiliti amat mengecewakan kerana PH sewaktu 22 bulan berkuasa telah menyediakan asas-asas yang kukuh untuk ketelusan dan kebertanggungjawaban perbelanjaan kerajaan.


"Bila tidak ada akauntabilti maka semua SOP kewangan telah dibelangankan. Kita akan mendalaminya dengan teliti. Tetapi kita boleh lihat keadaan kewangan dalam keadaan mencabar tetapi kita lihat perbelanjaan tidak terkawal dan tidak boleh diterima langsung.


"Perlu ada usaha untuk menjimatkan wang kepada pihak memerlukannya.


"Menerusi PAC yang menjalankan tugas kita harap ada kemajuan (penyiasatan). Tetapi perlu ada keazaman politik. Semasa kita jadi kerajaan kita cadang beberapa tindakan. Iaitu memindah sistem akaun tunai kepada sistem akruan.


"Ada satu akta berkaitan tentang perbelanjaan pemulihan kerajaan. Itu beberapa langkah yang belum diambil (oleh kerajaan sekarang) dan harusnya dijalankan dengan lebih baik," katanya


Beliau juga menasihatkan agar kerajaan PN 2.0 tidak lagi melantik ahli-ahli politik ke jawatan khusus dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidaktelusan penggunaan kewangan.


Dalam pada itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula menekankan supaya kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mengelakkan ketirisan.


Katanya, Lapoaran Ketua Audit adalah selepas sesuatu hal terjadi, sebaliknya kerajaan perlu berusaha mengelakkan hal-hal tersebut daripada berlaku


"Selalunya penyelewengan kita tahu setelah laporan audit. Kita perlu mencegah penyelewengan sebelum ia berlaku. PM perlu ada iltizam yang kuat untuk menentang penyelewengan, sebab itu kita sebelum jatuh (PH) kita berusaha tempatkan pegawai SPRM di pejabat menteri.


"Kita tahu penyelewengan di Kementerian Pertahanan misalnya hampir RM1 bilon, dan ia jadi bahan sejarah. Laporan audit kerajaan nak bertindak atau tidak, tetapi itu hal yang telah berlaku," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER