top of page

Laporan Ketua Audit: 25 penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 25 penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib membabitkan 12 isu yang dibangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 dan 2021.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, daripada pertuduhan tersebut seorang daripada mereka dihadapkan di mahkamah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2019.


Katanya, setakat ini 12 isu telah berjaya diselesaikan melibatkan dua siasatan SPRM, manakala 10 lagi melibatkan siasatan oleh jawatankuasa khas siasatan dan jawatankuasa siasatan dalaman yang diselaras Jabatan Perkhidmatan Awam.


"Sejumlah 12 lagi isu yang masih dalam siasatan melibatkan lima oleh SPRM, enam oleh polis dan satu di pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia.


"Kesemua 24 isu ini meliputi pelbagai kementerian, agensi dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri yang dikategorikan sebagai isu punitif, melibatkan isu ketirisan, kehilangan wang awam dan pembaziran yang serius termasuk kelemahan dalam pengurusan kontrak; perolehan; program projek dan wang zakat selain ketidakpatuhan terhadap peraturan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri, hari ini.


Beliau menjawab demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Wong Kah Woh (PH - Taiping) mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2020 dan 2021.


Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, kementerian pada ketika ini sedang memperhalusi cadangan yang dinyatakan laporan LKAN untuk diambil perhatian oleh agensi berkaitan.


Jelasnya, pada 2021 Jabatan Kastam Diraja Malaysia menambah baik SOP (prosedur operasi standard) duti kastam susulan laporan LKAN yang menyatakan duti kastam bagi pemastautin pemilikan kenderaan kurang efektif.


"Selain itu, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dalam laporan penalti LKAN 2021 menyatakan perkhidmatan mencetak dokumen terkawal sebanyak RM149,178 tidak dikutip bagi tempoh 2019-2020 dan berdasarkan syor LKAN, JPJ dah kutip semula RM72,667 daripada jumlah itu, selain melakukan penguatkuasaan lebih ketat meliputi perjanjian dan terma berkaitan," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page