Laporan audit buktikan pencapaian terbaik PH tadbir Johor



Pakatan Harapan (PH) walaupun memerintah Johor selama 22 bulan namun banyak kejayaan dikecapi sepanjang tempoh berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, antara kejayaan yang perlu dihitungkan rakyat adalah mengenai rekod kewangan negeri pada 2018 dan 2019 berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.


Katanya, kedudukan kewangan Johor dianggap sangat baik dalam Ringkasan Eksekutif Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia, dan dibentangkan di Parlimen pada 5 November 2020.


"Laporan itu menyatakan rekod perakaunan Kerajaan Negeri Johor telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri stabil.


"Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2019 berjumlah RM2.653 bilion, iaitu meningkat sebanyak RM189.12 juta atau 7.7% berbanding RM2.464 bilion pada akhir tahun 2018


"Manakala Akaun Hasil Disatukan menunjukkan lebihan semasa berjumlah RM68.23 juta," katanya.


Mengenai kutipan hasil pula, jelas Hassan, laporan audit mencatatkan peningkatan sebanyak RM202.30 juta atau 13.1% kepada RM1.745 bilion berbanding RM1.543 bilion pada 2018.


Prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri atau Rancangan Johor 5 Tahun sehingga tahun 2019 pula dianggap baik dengan sejumlah RM2.505 bilion atau 70.6% telah dibelanjakan berbanding RM3.550 bilion peruntukan yang diluluskan. Iaitu daripada 4,762 jumlah projek yang dirancang, 4,446 projek atau 93.4% telah disiapkan sepenuhnya.


"Hutang Awam juga menurun sebanyak RM298.55 juta atau 57.3% menjadi RM222.39 juta, berbanding RM520.94 juta pada tahun 2018


"Tunggakan bayaran balik Hutang Awam oleh Kerajaan Negeri turut berkurang sebanyak RM189.39 juta, atau 56.6% menjadi RM145.12 juta berbanding RM334.51 juta pada tahun 2018," katanya.


Sementara baki pinjaman Boleh Dituntut, kata Hassan, juga menurun sebanyak RM47.65 juta daripada RM504.87 juta pada tahun 2018 kepada RM457.22 juta pada tahun 2019.


Tegas beliau, melalui 10 Perkara yang disebut Laporan Ketua Audit Negara itu terbukti bahawa Kerajaan PH yang mentadbir Johor selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020 merupakan sebuah Kerajaan yang bijak menguruskan Kewangan Negeri


"Dengan yang demikian menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh rakyat Johor untuk memilih sekali lagi PH dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini bagi mentadbir negeri supaya Johor kembali bangkit, maju dan bermaruah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER