Lapor polis isu rampas aset: 'Kita tidak boleh biarkan kecuaian Najib sebagai penjawat awam'


Kecuaian bekas Perdana Menteri (PM) keenam Najib Razak atas tuntutan pewaris Kesultanan Sulu sehingga berdepan risiko perampasan aset negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.


Menurut mantan Timbakan Ketua Penerangan KEADILAN, Manivanan Gowin (gambar, enam dari kanan), rakyat Malaysia tidak wajar melepaskan Najib tanpa siasatan atau dipertanggungjawabkan ke atas waktu pemerintahannya.


"(Oleh itu) hari ini, saya Manivanan berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya membuat satu laporan polis terhadap Datuk Seri Najib, bekas PM ke 6.


"Saya bersama pimpinan KEADILAN membuat laporan polis di atas kegagalan dan kecuaian Najib Razak yang menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah sekitar RM67 bilion dari waris Kesultanan Sulu.


"Tuntutan ini bermula ekoran Datuk Seri Najib menghentikan bayaran kepada Kesultanan Sulu pada tahun 2013


"Sekiranya beliau tidak cuai dalam tugas sebagai PM beliau (pasti) telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang tindakan undang undang apabila langkah bayaran dihentikan," katanya.


Tegas mantan Ahli Parlimen Kapar itu lagi, mana mana penjawat awam seharusnya menjalankan amanah dengan teliti dan tidak boleh bersikap sambil lewa sehingga merugikan negara.


"Mana mana penjawat awam yang kita letakkan kepercayaan wajar dan wajib melakukan tanggungjawab mereka dengan teliti tanpa ada kecuaian dan kegagalan.


"Ini bukan sahaja (melibatkan) mantan PM tetapi juga PM sekarang, menteri dan semua penjawat awam.


"Kecuaian tidak boleh kita biarkan begitu sahaja, siasatan perlu dilakukan supaya perkara sebegini tidak berulang," katanya lagi.


Turut hadir dalam laporan itu adalah pimpinan KEADILAN Cabang Petaling Jaya termasuk pimpinan wanita dari KEADILAN pusat serta wakil NGO.


Dalam pada itu laporan sebuah portal berkata, 140 Cabang KEADILAN terlibat dalam membuat laporan polis di seluruh negara hari ini.


Angka itu disahkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berdasarkan persetujuan cabang cabang yang ingin ikut serta membuat laporan polis, semalam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER