top of page

Lapangan Terbang KXP: Kongsi perkembangan projek, elak janji kosong


Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Kedah mencatat nilai pelaburan tertinggi pada tahun lalu dan projek Lapangan Terbang Kulim International Airport (KXP) sedang berjalan perlu disemak.


Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Ir Zamri Yusof berkata, pengumuman berkenaan mungkin hanya helah Menteri Besar Kedah itu untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap bagi memenangkan calon pembangkang dari parti Pas.


Katanya sebagai Pengarah Pilihanraya Pas pusat, dikhuatiri Sanusi menggunakan popularitinya di Kedah untuk menjana sokongan orang Melayu Sungai Bakap.


"Sanusi terkenal sebagai kaki umum projek meja yang akhirnya berakhir dengan kosong, tidak menjadi apa.


"Malah sikap beliau terkenal umum apa sahaja, walaupun dia tahu sangat dia tidak pernah mulakan sesuatu dan tidak pernah siapkan sesuatu," katanya.


Bagi Zamri, MB Kedah itu seharusnya telus dalam hal pelaburan dan perkembangan projek mega.


Beliau mencabar Sanusi menyatakan hal sebenar berkenaan projek mega termasuk lapangan terbang KXP dan Loji Rawatan Air (LRA) yang lewat disiapkan.


"(Hakikatnya) setelah 50 bulan menjadi MB, Sanusi masih gagal memenuhi pra syarat memohon projek Lapangan Terbang Kargo Kulim. Berapa tahun lagi dia perlukan utk penuhi pra syarat bagi membolehkan buat permohonan rasmi (kepada kerajaan pusat)?


"Selain itu, Loji Air yang Kerajaan Pakatan Harapan (2018-2020) sediakan segala asasnya hingga buka tender pada Disember 2019, pelantikan kontraktor Julai 2020, itu pun Sanusi gagal beri kerjasama sehingga LRA itu terpaksa dilanjutkan (tempoh siap) berkali-kali, dan masih belum mencapai 50% kemajuan pembinaan," ujarnya lagi.


Justeru, Zamri menyarankan Sanusi meneliti semula sebarang pengumuman projek pembangunan di Kedah agar tidak membebankan pentadbirannya melaksanakan janji tersebut.


"Kita doakan agar Sanusi dikurniakan sedikit rasa malu dari terus membuat pengumuman yang dia sendiri tahu mustahil untuk dilaksanakan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page