top of page

Lantikan pimpinan KEADILAN persiapan rapi bertempur PRU 15

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21, 2022
  • 2 min read


Lantikan pimpinan ke jawatan utama parti yang dibuat dalam mesyuarat sulung Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam ini membayangkan persiapan rapi KEADILAN untuk masuk bertempur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat MPP itu dalam kenyataannya kepada media berkata MPP telah membincangkan hala tuju parti, persiapan pilihan raya dan lantikan jawatan utama.


"Kita bincang banyak perkara, hala tuju parti dan sebagainya. Tetapi kita bermula dengan menyusun majlis pimpinan baru.


"Pertama tumpuan kita adalah pilihan raya. Ini adalah satu kongres di mana seluruh pemusatan kegiatan dan jentera digerakkan untuk melaksanakan pilihan raya yang kita yakin dapat mengangkat martabat dan kedudukan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH)," katanya.


Sehubungan itu, sesuai dengan permintaan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dalam kongres pada Ahad lalu untuk memperkemaskan jentera pilihan raya maka beliau dilantik mengetuai pasukan pilihan raya dan dibantu oleh beberapa pemimpin yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) sebelumnya.


"Saya mencadangkan supaya Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini dengan beberapa Naib Presiden dan beberapa pengarah JPRP yang lalu seperti Fuziah Salleh akan membantu.


"Beliau akan diberikan wewenang untuk bergerak secepat mungkin untuk memperkuat jentera pilihan raya," katanya.


Manakala bagi jawatan Naib Presiden dilantik pula Anwar berkata MPP bersetuju membuat 3 lantikan iaitu Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasamy mewakili masyarakat India dan Awang Husaini Sahari mewakili Sabah dan Sarawak.


"Untuk Setiausaha Agung Saifudin Nasution akan diminta meneruskan tugas selaku Setiausaha Agung.


"Bendahari pula saudara William Leong dan Ketua Setiausaha Pengelola, ini jawatan diperuntuk dalam perlembagaan dan harus dipilih di antara ahli Majlis Pimpinan Pusat, dan kita cadangkan Zahir Hassan dari Wilayah," katanya.


Untuk melengkapkan keanggotaan MPP, kata Anwar, maka 5 ahli yang dilantik adalah G Manivanan, Christina Liew, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan Abun Sui Anyit.


"Kita akan adakan mesyuarat secepat mungkin. Kita juga melantik Ketua Penerangan, Fahmi Fadzil.


"Saya turut mencadangkan disusun perwakilan untuk mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang akan bermesyuarat pada Selasa minggu depan. Setiap parti diwakili 5 orang termasuk Wanita dan AMK," katanya.






1 Comment


ekalisut88
Jul 22, 2022

Semoga DSAI di panjangkan umur n diberi kesihatan yang luar biasa supaya dpt menejui negera untuk membantu rakyat

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page