top of page

‘Lantikan pengerusi MPN Sabah tanggungjawab bukan keistimewaan’



Penyusunan semula kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam turut melibat MPN Sabah.


Bagi Pengerusi MPN Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud, beliau menerima lantikan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan menyifatkan ianya merupakan suatu “taklif” atau tanggungjawab dan bukan “tashrif” atau keistimewaan.


"Perubahan ini menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi yang segar. Di samping menyantuni dan mengangkat “local wisdom” (kearifan tempatan).


"Kini tiba masanya untuk KEADILAN Sabah fokus memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia Madani yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963," kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu dalam satu kenyataan.


Justeru, beliau menyeru semua pimpinan parti KEADILAN Sabah merapatkan saf perjuangan dan berpadu di bawah pimpinan Perdana Menteri bagi mengangkat martabat rakyat dan negara yang tercinta.


"KEADILAN Sabah akan terus memberi komitmen menjamin kestabilan politik Sabah sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan oleh Ketua Menteri.


"Konvensyen Khas KEADILAN Sabah dan program-program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat serta berkala sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang," ujarnya lagi.


Selain MPN Sabah, Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil memaklumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh turut dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang.


Di selatan tanah air, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin dipilih sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan yang baharu.


Roland Engan pula kekal sebagai Pengerusi MPN Sarawak, Ahmad Nazri Mohd Yusof pengerusi baharu MPN Terengganu), Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor (Kelantan), manakala Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminudin Harun masing-masing kekal sebagai Pengerusi MPN Selangor serta Negeri Sembilan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page