top of page

Lantikan kontrak hanya sementara, JPA bakal keluar kenyataan lanjut



Oleh: Helmi Mohd Foad


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai isu pelantikan jawatan dalam kerajaan buat masa ini hanya dilakukan secara kontrak.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri yang membincangkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menganggap kenyataan Ketua Pengarah JPA mengenai perkara itu adalah bersifat sementara.


"Jemaah Menteri bincang sedikit maklumat mengenai kajian semula skim penjawat awam, sejumlah media sudah tanya, tetapi berdasarkan Jemaah Menteri kenyataan JPA (pelantikan kakitangan awam) adalah bertujuan sementara menunggu selesai kajian skim saraan awam.


"Ketua Pengarah JPA akan keluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai isu ini," katanya dalam sidang akhbar pasca Kabinet di Putrajaya semalam.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berharap media mendapat maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak wujud keadaan cemas dan tidak benar dari segi maksud sebenar sesuatu sebaran.


Laporan kelmarin memetik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling sebagai berkata kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan.


Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.


Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.


Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024, petik pekeliling itu.


Terdahulu Perdana Menteri dilaporkan menyebut skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun ini.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa garis panduan disediakan sebelum akhir tahun lalu atau suku pertama 2024 agar skim gaji baharu dapat diumumkan sebelum akhir tahun ini.


Dalam pada itu, mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Fahmi berkata pelantikan ahli suruhanjaya itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.


Keputusan Kabinet yang bersetuju menubuhkan RCI itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini.


Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata penubuhan RCI itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mana cadangan keanggotaan suruhanjaya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page