top of page

Lantikan Ketua AMK Negeri secara kolektif, tidak timbul isu kaum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7
  • 1 min read

ree

Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Justin Prabakaran Kalaichelvam berkenaan pelantikan Ketua-Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri seluruh Malaysia bagi sesi 2025-2028, dan mempertikaikan lantikan yang tidak mengikut kuota kaum adalah tidak relevan.


Bagi aktivis AMK Selangor, Mohammad Haziq Husni (gambar), kritikan Justin amat dangkal kerana lantikan Ketua ketua AMK berkenan telah dilakukan secara pemilihan kolektif di peringkat negeri dengan pimpinan peringkat AMK cabang dari semua kaum memberi persetujuan.


"Beliau (Justin) sedia maklum tentang tatakelola pelantikan Ketua-ketua AMK Negeri yang mengangkat semangat kolektif dan kebersamaan.


"Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi kepada beliau bahawa Pelantikan Ketua-ketua AMK Negeri perlu dilantik di dalam mesyuarat Ketua-Ketua AMK Cabang di setiap negeri.


"Pelantikan ini juga perlu mendapat sokongan majoriti daripada Ketua-Ketua AMK Cabang. Tidak timbul isu tiada wakil India atau Cina yang menerajui kepimpinan kerana mandat diberikan melalui mesyuarat.


"Saya menyifatkan kenyataan beliau sangatlah dangkal dan cetek yang berpura-pura tidak tahu tentang perkara berkenaan dan cuba menimbulkan persepsi tidak baik di antara kaum di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Haziq, isu tersebut tidak wajar diperbesarkan di media sosial kerana tiada logik, apatah lagi untuk dikaitkan dengan isu perkauman.


"Tidak perlu jadikan isu ini sebagai tunggangan supaya nampak relevan di sosial media. Jelas beliau sebagai pemimpin Perikatan Nasional yang ketandusan modal.

"KEADILAN adalah parti yang telah lama memperjuangkan suara semua kaum termasuk masyarakat India sejak awal penubuhannya lagi.


"Malah dengan sokongan kuat masyarakat India jugalah parti ini terus mekar ke hadapan," katanya lagi.


Untuk rekod, Biro Politik AMK semalam telah mengumumkan lantikan Ketua dan Timbalan Ketua AMK seluruh negeri di Malaysia yang menyaksikan banyak muka baharu mengisi tampuk kepimpinan negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page