top of page

Lantikan kepimpinan AMANAH secara syura, tiada perebutan jawatan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Desakan perubahan yang dikatakan berlaku dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak tidak membayangkan realiti suatu perebutan jawatan tetapi suatu proses yang tertib dilakukan secara syura sekiranya ada perubahan mahu dilakukan.


Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, pemilihan barisan kepimpinan utama dalam parti itu tidak menyediakan satu bentuk pertandingan bagi memilih jawatan tertinggi sebagaimana organisasi politik lain.


"Walaupun kita mendengar ada desakan agar berlaku perubahan dalam AMANAH, harus kita faham sistem demokrasi yang diamalkan oleh AMANAH ialah konsep persahabatan di mana pemimpin dipilih berasaskan kepada syura.


"Jadi dalam AMANAH tidak ada pertandingan untuk jawatan tertentu seperti Presiden atau jawatan lain seperti parti lain, tetapi dalam AMANAH ada amalam konsensus atau syura dalam konteks pengertian Islam," katanya dalam program bual bicara terbitan Sumberkini malam tadi.


Program bertajuk 'AMANAH Kekal atau Berubah' itu turut menampilkan wakil rakyat Seri Serdang, Abbas Salimi Azmi sebagai ahli panel manakala Hayla Rashid sebagai moderator.


Pemilihan AMANAH bakal berlangsung pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang, Selangor bermula hari ini hingga Ahad.


Mazlan berkata, sebagai sebuah parti politik berasaskan gerakan Islam, AMANAH adalah organisasi yang mempunyai tatakelola dan tatasusila selaras dengan nilai digarap melalui ajaran Islam dan adat Melayu yang sangat mementingkan kesopanan serta ketertiban.


Katanya setiap parti politik tidak akan terlepas daripada dinamika dan perubahan permikiran serta reformasi tentang bagaimana ia menempatkan diri dalam proses demokrasi.


"Prestasi parti dalam pilihanraya boleh menyebabkan berlakunya perubahan dan proses reformasi terhadap organisasi itu dan ia adalah perkara lazim," ujarnya.


Dalam hal ini, beliau menjelaskan, AMANAH sebagai sebuah parti yang setia dalam Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik apabila mampu menguasai 11 kerusi Parlimen ketika pertama kali menyertai pilihan raya umum pada 2018.

"Setiap pemimpin akan ada peranan, cuma bagaimana parti melihat ia sebagai dinamika dan perlu elastik kepada perubahan, maka penyesuaian siapa akan tempatkan diri di posisi ditentukan secara konsensus dalam parti.


"Saya percaya ini proses biasa dan jadikan AMANAH sebagai organisasi yang matang dan mendapat sokongan rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page