Lantikan jawatan penting kerajaan: PM perlu syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen


Pelantikan ke jawatan-jawatan utama kerajaan seperti Ketua Polis Negara (KPN), Peguam Negara (AG) dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dibuat dengan cara yang lebih teratur dan tidak melibatkan campurtangan politik.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, dalam hak berkenaan Perdana Menteri (PM) seharusnya dibantu oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting Kerajaan sebagaimana yang dibentuk oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tetapi tidak diteruskan oleh kerajaan sedia ada.


"Di sinilah yang disebut reformasi parlimen. Kerajaan perlu menubuhkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting Kerajaan seperti yang dibentuk oleh PH tetapi dibubarkan kemudian oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Jawatan-jawatan ketua agensi kerajaan seperti KPN, AG dan Ketua Pengarah SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menerima nasihat dan cadangan terlebih dahulu daripada PM selaku Ketua Kabinet. Susunan ini perlu dikekalkan.


"Yang perlu adalah sekadar reformasi dalam perkara ini, iaitu PM perlu mendapatkan pandangan, ulasan dan nasihat daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan perlantikan jawatan-jawatan utama tersebut.


"Selepas mengambil kira pandangan, ulasan dan nasihat maka barulah PM mengemukakan nama-nama yang dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan.


Hassan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi Dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat menambah, untuk tujuan berkenaan, satu undang-undang perlu dibuat bagi mewajibkan PM merujuk kepada jawatankuasa sebelum memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.


"Dalam hal ini tiada pindaan Perlembagaan Persekutuan diperlukan. Yang perlu diluluskan hanyalah satu undang-undang biasa yang mewajibkan PM merujuk kepada Jawtankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum bertindak menasihati Agong," katanya lagi.


Bagaimanapun, Hassan tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa jawatan ketua agensi-agensi penting kerajaan dilantik terus oleh Parlimen


Katanya, fungsi teras Parlimen ialah menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang, bukannya melantik jawatan-jawatan ketua agensi kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER