top of page

Lantikan hakim selesai, fitnah terhadap PMX tertolak dengan sendirinya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Fitnah terhadap PMX tertolak dengan sendirinya sebaik sahaja jawatan-jawatan utama Institusi Kehakiman diumumkan semalam.


Pengisian jawatan-jawatan utama Institusi Kehakiman telahpun diumumkan semalam dan telah 'menutup mulut' pengkritik-pengkritik yang sentiasa mencari isu untuk memperlekeh serta menghina PMX.


Pelantikan yang telah diumumkan ialah:


1. Ketua Hakim Negara - Datuk Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh.


2. Presiden Mahkamah Rayuan - Datuk Abu Bakar bin Jais.


3. Hakim Besar Sabah dan Sarawak - Datuk Azizah binti Nawawi.


Semua pelantikan itu dilihat menggembirakan semua rakyat, sekaligus mengakhiri kemelut pelantikan hakim-hakim yang disensasikan oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.


Pelantikan tersebut juga menyaksikan ia dilakukan secara teratur, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyebut perlantikan hakim-hakim adalah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.


Dengan pelantikan tiga jawatan utama Institusi Kehakiman yang diumumkan itu, ia dengan sendirinya menolak fitnah dan dakyah jahat yang bertebaran sejak sekian lama kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campurtangan dalam perlantikan hakim-hakim.


Dakwaan kononnya Anwar mahu meletakkan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Hakim Besar Malaya dan seterusnya akan menjadi Ketua Hakim Negara, terbukti tidak benar sama-sekali.


Tiada campur tangan eksekutif


Sebagaimana Anwar sejak awal lagi menyatakan beliau tidak campur tangan dan tidak pernah mengusulkan nama hakim Ahmad Terrirudin, begitulah yang disaksikan oleh seluruh rakyat hingga ke akhirnya.


Semua pihak kini harus menerima pelantikan hakim-hakim tersebut, sekaligus menerima hakikat bahawa Anwar tidak pernah campur tangan.


Perdana Menteri hanya memainkan peranan sekadar yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan sahaja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page