Lantik Timbalan, Naib Presiden pengerusi negeri, KEADILAN bangkit lebih meyakinkan - Anwar



Pelantikan Timbalan dan Naib Presiden KEADILAN sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dibuat atas dasar strategi dan taktikal bagi menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lantikan sedemikian dibuat di seluruh Semenanjung Malaysia melainkan di Sabah dan Sarawak yang mengikut pendapat majoriti Ketua ketua Cabang.


"Saya memilih melantik Timbalan Presiden dan Naib naib Presiden untuk mengetuai pasukan negeri menghadapi PRU-15.


"Sabah dan Sarawak terkecuali kerana Pengerusi Negeri dipilih majoriti Ketua Cabang.


"Saya juga telah melantik Pengarah dan Pengerusi Biro yang terdiri daripada barisan pelapis dan kalangan muda bagi menggalas tanggungjawab meneruskan agenda reformasi dan membela nasib rakyat.


"Maka, dalam sidang Majlis Pimpinan Pusat semalam (Sabtu) saya menggesa pimpinan bergerak sederap dalam pasukan jemaah," katanya dalam satu kenyataan.


Pasukan KEADILAN kali ini dianggap paling mantap dalam sejarah dua dekad

Seterusnya, Anwar menegaskan agar pimpinan dan anggota KEADILAN melancarkan serangan intensif ke atas lawan BN dan PN sepanjang beberapa bulan mendatang.


Katanya, elit pemerintah ketika ini telah terdesak dengan pelbagai skandal maka gerak kerja yang kuat di samping berhati hati terhadap serangan balasan musuh akan memastikan sokongan rakyat memihak kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya nanti.


"Elit pimpinan negara kian tertekan dengan penggeledahan dan pembongkaran isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


"Para pejuang perlu tingkatkan ikhtiar dan waspada terhadap segala muslihat musuh yang kelihatan gelabah dan terdesak," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER