top of page

GPS serah kepada Agong, sokongan PN berkurangan?


Pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang seolah-olah berkecuali dengan tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri (PM) ke-9 menimbulkan persoalan apakah Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti sebagaimana digembar gemburkan mereka.


Kenyataan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkata kuasa melantik PM diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ketika sidang media pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat LAKU, di Miri pagi tadi menimbulkan tanda tanya.


"Saya serah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dipetik Astro Awani.


Sekiranya benar GPS berkecuali maka sokongan 115 Ahli Parlimen, sebagaimana didakwa telah diperolehi oleh PN malam tadi tidak berlaku.


Dengan GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen sokongan sebenar dikumpul PN hanyalah 97 kerusi.


Jumlah itu kurang daripada yang diperolehi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 105 kerusi apabila Warisan dan Pejuang mengumumkan sokongan terbuka mereka malam tadi.


GPS dianggotai 4 parti iaitu, Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page