top of page

Lantik pengerusi PR1MA: Apakah kepakaran Shahidan selesaikan projek 'sakit'?



Pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat.


Tidak kurang yang sangsi di atas kapasiti apakah Shahidan dilantik, bukannya profesional berpengalaman dari sektor hartanah yang diyakini mampu menyelesaikan masalah projek 'sakit' PR1MA.


Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, pelantikan Shahidan tidak lebih sebagai Scheme of Things yang menjadi amalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menjamin pentadbiran PM Muhyiddin kekal kukuh.


"Pelantikan Shahidan langsung tidak mengejutkan dan bukanlah sesuatu baru kerana semakan di laman sesawang PR1MA mendapati nama beliau telah dikemaskini sebagai pengerusi agensi itu sejak bulan lepas lagi.

"Namun yang menimbulkan pertanyaan ialah di atas kapasiti apa beliau dilantik tatkala begitu ramai profesional yang berbakat, berpengalaman luas dan diyakini mampu mengeluarkan PR1MA daripada belenggu permasalahan yang begitu merunsingkan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Malaysia itu lagi, masalah PR1MA agak gawat dan sehingga kini tidak dapat diselesaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin selepas 3 tahun memegang tampuk kementerian itu.


Oleh itu, katanya, bagaimanakah Shahidan yang tidak mempunyai latar belakang dalam industri perumahan mampu menyelesaikan masalah tersebut.


Menurut Akmal lagi, sebelum ini pun terdapat beberapa kekeliruan jika dilihat kepada jawapan menteri KPKT di Parlimen. Misalnya pada 17 Oktober 2019, menteri menyatakan 56 fasa projek pembangunan bernilai RM9.98 bilion di bawah PR1MA telah dibatalkan. Namun pada 7 Disember 2020, menteri yang sama pula menyebutkan jumlah projek PR1MA yang telah dibatalkan adalah 32 projek.


"Hingga kini, sejumlah RM 172 juta wang telah dibelanjakan bagi membayar pampasan berikutan pembatalan projek PR1MA di beberapa kawasan.


"Terdapat juga beberapa projek terbengkalai atau lewat yang masih tidak diketahui statusnya seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa tempat lagi.

"Di Johor sendiri, terdapat kes di Rumah PR1MA (Residensi) Tebrau yang sepatutnya diadakan penyerahan kunci pada 2018 lagi tetapi hingga kini tiada kesudahan walaupun tarikh siap projek telah beberapa kali dipinda," dakwanya.


Sehubungan itu, Akmal mahu Zuraida segera mendedahkan projek-projek yang telah dibayar pampasan kerana ia melibatkan wang rakyat yang amat tinggi jumlahnya.


"Saya menggesa Menteri dapat segera mendedahkan senarai pemaju serta kos pampasan yang perlu dibayar kepada mereka bagi 32 projek yang telah dibatalkan, senarai projek yang dipinda tarikh siap serta senarai projek lewat dan terbengkalai.


"Saya juga mendesak agar rakyat yang terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan rumah PR1MA perlu diberikan bayaran penuh Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD), bukan hanya pemaju sahaja yang dijaga," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page