top of page

Lantik Nurul Izzah penasihat, langkah penjimatan



Pelantikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar ke jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri perlu dianggap sebagai langkah penjimatan ketika negara sedang berusaha memulihkan ekonomi.


Mantan Setiausaha Agung KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata pelantikan tersebut tidak perlu terlalu dipolitikkan kerana Nurul turut memiliki kelayakan kerana pernah menganggotai Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia dan mengusahakan penyelidikan Kemiskinan Multidimensi sebelum ini.


"Beliau (Nurul) bersama pasukannya mempunyai kemampuan membantu negara keluar daripada kemelut ekonomi kini.


"Ini diperakukan oleh ramai sarjana ekonomi seumpama Prof Jomo Kwame Sundram.


"Nurul Izzah juga tidak mengambil sebarang elaun dari dana awam dan ini sudah tentu menjimatkan wang negara," katanya.


Mantan Naib presiden KEADILAN itu turut melihat Nurul Izzah mampu memberikan sumbangan bermakna kerana mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah mewakili negara ke persidangan antarabangsa dan berunding dengan pelbagai golongan daripada rakyat marhaen sehinggalah pemain industri sebelum ini.


"Ketokohan beliau juga mampu mengembleng pelbagai kalangan daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya dalam melakar penyelesaian kepada kemelut semasa ekonomi dan kewangan negara secara berkesan," katanya lagi.


Sejak kelmarin pembangkang memainkan isu nepotisme berikutan pelantikan Nurul Izzah ke jawatan penasihat PM.


Bagaimanapun pembangkang gagal melihat sumbangan besar Nurul dalam penyelidikan sosial dan peranannya dalam PAC sebelum ini.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page