top of page

Lantik naib presiden KEADILAN dari Sabah


Perwakilan Sabah, Chrisnadia Sinam mengusulkan supaya Majlis Pimpinan Pusat melantik naib presiden KEADILAN dari Sabah.


Katanya, ini bagi memastikan Sabah turut mempunyai wakil dan boleh bersuara dalam peringkat kepimpinan tertinggi parti.


"Saya mengusulkan pindaan fasal 21.7 perlembagaan parti supaya naib presiden KEADILAN diwakili seorang dari Sabah dan seorang dari Sarawak yang setakat ini hanya memperuntukkan seorang wakil dari Sabah atau Sarawak.


"Ini adalah sejajar dengan tujuan dan matlamat KEADILAN berasaskan prinsip keadilan bagi memastikan Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari pembuat keputusan dalam Majlis Pimpinan Pusat dan menghormati Sabah dan Sarawak sebagai keluarga besar Malaysia.


"Kami mohon usul ini dapat diterima oleh presiden dan MPP untuk dipertimbangkan," katanya.


Pada masa sama, Chrisnadia berkata KEADILAN Sabah turut menghormati dan memberi komitmen terhadap usaha penjajaran baharu yang dilakukan oleh MPP.


"Namun keterbukaan parti untuk menjalankan kerjasama sama ada parti lokal atau nasional perlu diperhalusi dalam mengambil kira suara keramat rakyat.


"Jangan biarkan hala tuju kita tergelincir daripada landasan perjuangan asal, perjuangan reformasi 22 tahun jangan kita persiakan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page