top of page

Lantik kawan baik jadi CEO SADA: Zamri kata Sanusi bohong



Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Zamri Yusof mendakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor berbohong apabila menuduh beliau melantik kawan baiknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (SADA) semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah.


Zamri berkata, individu yang dituduh sebagai kawan baiknya itu tidak pernah beliau kenali sebelum berkerja di syarikat air berkenaan.


"Dia (Sanusi) cuba reka, dia cuba reka kononnya bila saya masuk situ (Exco Kedah) saya tukar CEO SADA kononnya. Tak betul.


"Yang betulnya, orang itu minta kerja. Saya pun jumpa dia di Wisma Darul Aman. Letak (pada peringat awal) bukan CEO.


"Masa tu yang kosong COO (Ketua Pegawai Operasi). Letak sebagai COO, GM pun kosong masa itu. (Saya) letak sebagai COO sebab kawan tu (pejawat lama) dah berhenti.


"Kemudian menjelang bulan 4 (April), CEO pula kosong, kita naik dia pangkat sebab dia boleh buat kerja," kata Zamri dalam satu kilp video TikTok.


Bagaimanapun, ADUN Suka Menanti itu mengakui COO tersebut kemudian menjadi kawannya kerana kecemerlangan perkhidmatan dan ketika itu beliau adalah Exco Kerja Raya, Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah yang perlukan hubungan baik dengan semua pegawai SADA.


"Cuma bila orang baik ni saya jadi kawan baik lah. Tapi kalau dia kata saya bawa kawan baik saya mai jadi CEO, itu dia pembohong besar.


"Itu memang Sanusi pembohong besar. Tapi pembohong ini memang selalu pun. Bukan tajuk ini (kawan baik jadi CEO) saja dia membohong. Dia bercakap saja, mula saja cerita, (dia) cari pasal," kata Zamri lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page