Lantik Jonathan Laidlaw wakili Najib remehkan wibawa peguam Malaysia?



Tindakan bekas Perdana Menteri Najib Razak melantik Peguam DiRaja Jonathan Laidlaw dari United Kingdom untuk mewakili beliau dalam rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd seolah olah menidakkan kebolehan peguam tempatan dalam mengendalikan kes seumpama itu.


Bagi aktivis media sosial, Zainurizzaman Moharam, peguam Jonathan Laidlaw yang kontroversi itu hanya akan menarik perhatian media antarabangsa kepada kes Najib berbanding kemenangannya dalam kes berkenaan.


Katanya, Laidlaw sebelum ini terkenal kerana kes kes jenayah berprofil tinggi yang diwakili dan dianggap sebagai "Crime Silk of The Year" serta disenarai sebagai 500 orang paling berpengaruh di Britain oleh Sunday Times.


"Laidlaw pernah mewakili bekas editor News of the World, Rebekah Brooks dalam kes penggodaman telefon 2014. Dia dibebaskan daripada tuduhan bersubahat menggodam telefon, merasuah pegawai dan menghalang polis.


"Beliau juga mewakili Dr Agnes Taylor, isteri bekas Presiden Liberia yang didakwa melakukan penyeksaan yang didakwa dilakukan semasa perang saudara Liberia pertama pada tahun 1990.


"Walau pun Najib mempunyai hak untuk melantik sesiapa pun bagi membela dirinya, tetapi secara moralnya Najib kelihatan begitu terdesak sehingga melantik peguam yang pakar dalam membela penjenayah antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zainurizzaman yang lebih dikenali sebagai Zack di Twitter tidak bersetuju dengan hujah Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang percaya Laidlaw mempunyai tahap luar biasa dalam kemahiran perundangan dan guaman.


Kata Zack, ungkapan seperti itu seolah oleh merendahkan tahap pencapaian dan wibawa peguam tempatan.


"Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang percaya Laidlaw mempunyai tahap luar biasa dan melebihi ukuran pencapaian peguam bela Malaysia sebenarnya merendahkan kredibiliti peguam di negara ini dan secara tidak langsung meremehkan kepada peguam tempatan termasuklah dirinya sendiri.


"Tindakan ini juga membuka ruang kepada orang luar untuk memberi tumpuan terhadap kes Najib yang sudah pun dijatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi.


"Sama ada Najib berjaya atau tidak, kes ini akan menjadi rujukan seluruh dunia dan nama Malaysia akan turut dikaitkan. Malu apa bossku," sinisnya.


Bagaimanapun menurut Zack, rakyat Malaysia berharap Najib tidak terlepas kali ini kerana hal itu hanya akan memburukkan imej negara di mata dunia sebagai negara penyanjung kleptokrat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER