top of page

Lanjutan morotarium 6 bulan lagi hadapi kemelesetan ekonomi?


Pihak bank di negara ini disarankan agar melanjutkan morotarium bagi pinjaman selama 6 bulan lagi bagi membantu isi rumah meneruskan kelangsungan hidup dalam berdepan kemelesetan ekonomi Bagaimanapun, menurut pakar, hal itu sukar dilakukan kerana ia akan menjejaskan bank. Bank tidak mampu terus-menerus menyerap aliran bayaran balik pinjaman yang dikurangkan dan akan menjejaskan keuntungan, malah menyebabkan kerugian. Namun, sekiranya bank membenarkan lanjutan itu maka rakyat akan lebih mudah bernafas berhadapan kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji Menurut Prof Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, dalam tempoh itu rakyat Malaysia akan menyimpan wang daripada penangguhan bayaran pinjaman dan dapat melunaskan bayaran pinjaman mereka sebaik saja moratorium tamat. “Maklum balas daripada pemain industri mencadangkan, potongan gaji dan langkah mengurangkan kos akan memberi kesan besar bagi tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya dipetik The Malaysia Insight. Kata beliau lagi, pemberhentian kerja dan potongan gaji sukar dielakkan sebaik saja perniagaan memulakan langkah mengurangkan kos untuk meneruskan kelangsungan hidup. Persekutuan Majikan Malaysia sebelum ini menganggarkan mungkin 2 juta orang bakal hilang pekerjaan menjelang akhir tahun 2020 kerana kesan pandemik Covid-19. Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana berkata 39% daripada ahli mereka bercadang untuk mengurangkan pekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang. “Jadi, permohonan lanjutan tiga bulan itu munasabah memandangkan kesan ekonomi yang teruk akibat Covid-19 “Ia sesuatu yang bank perlu pertimbangkan dengan baik untuk mengurangkan keperluan kepada satu lagi pakej rangsangan ekonomi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page