top of page

Lanjut PKP: KEADILAN Sabah terus bekal bantuan makanan


KEADILAN Sabah melalui Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Christina Liew (empat dari kanan) terus menyampaikan bantuan makanan ketika Kerajaan Persekutuan menyambung tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Baru-baru ini, bantuan berupa bekalan beras, sayur dan ikan diberikan kepada ahli-ahli MPN dan ketua-ketua cabang untuk diedarkan kepada ahli parti di peringkat akar umbi serta masyarakat setempat di bahagian Pantai Barat dan pedalaman Sabah. Bantuan makanan amat diperlukan bagi keluarga yang terjejas sumber pendapatan memandangkan tempoh PKP berlanjutan hingga 9 Jun ini. Turut hadir di majlis yang berlangsung di luar Ibu Pejabat KEADILAN Sabah itu ialah Timbalan Pengerusi MPN Sabah Mustapha Sakmud, Naib-Naib Pengerusi MPN Datuk John Ghani, Kenny Chua, Awang Husaini Sahari, Setiausaha Abdul Razak Jamil dan Ketua Biro Disiplin Sazalye Donol Abdullah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page