top of page

Langkah tempatkan polis di sekolah wajar, tepat – Yuneswaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran menyambut baik langkah kerajaan menempatkan anggota polis di sekolah sebagai usaha memastikan institusi pendidikan kekal menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar.


Menurut beliau, langkah itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap peningkatan insiden keganasan dan salah laku dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan.


"Saya berasa lega apabila isu keselamatan di sekolah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, dan kerajaan mahu memastikan kehadiran polis menjadi isyarat jelas bahawa sekolah mesti menjadi kawasan selamat," katanya dalam satu kenyataan.


Yuneswaran turut menyifatkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan pemeriksaan mengejut di sekolah sebagai langkah bijak dalam membendung perbuatan membawa senjata, dadah dan bahan berbahaya lain ke kawasan sekolah.


Pada masa sama, beliau menyokong usaha kerajaan memperketat tanggungjawab platform media sosial terhadap kandungan yang dipaparkan serta mengehadkan akses remaja bawah umur kepada bahan tidak sesuai.


"Cadangan memperkenalkan sistem pengesahan identiti elektronik (eKYC) bagi mengelakkan individu bawah 16 tahun terdedah kepada kandungan ganas, lucah dan berunsur kebencian juga merupakan inisiatif yang wajar disokong," ujarnya.


Menerusi kenyataan tersebut Yuneswaran menekankan, keselamatan pelajar dan kesejahteraan sosial perlu menjadi keutamaan bersama antara kerajaan, pihak sekolah serta komuniti bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang sihat dan selamat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page