top of page

Langkah penyelarasan perbelanjaan mengurus tunjuk hasil positif

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • May 20
  • 1 min read

Langkah penyelarasan keutamaan perbelanjaan mengurus bagi setiap kementerian berdasarkan keutamaan telah mula menunjukkan hasil yang positif tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan program-program kementerian.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


Fahmi berkata, keutamaan terus diberikan kepada pengukuhan perkhidmatan barisan hadapan khususnya dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.


"Jemaah Menteri juga mengambil maklum dan menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dalam melaksana kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dan isu-isu khusus yang dihadapi oleh pelbagai sektor dan industri dalam kalangan ahli gabungan tersebut.


"Dapatan kaji selidik tersebut akan dapat membantu kerajaan merangka dan menyelaras pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan bagi memastikan isu-isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page