top of page

‘Langkah penjimatan Kerajaan Madani elakkan hutang negara menggunung’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 8, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Langkah penjimatan yang dilakukan Kerajaan Madani termasuk memperkenalkan dasar subsidi bersasar bagi mengurangkan jumlah hutang negara perlu difahami oleh pihak pembangkang.


Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin, langkah bertanggungjawab itu perlu dilakukan biarpun bukan satu cadangan popular namun ia perlu dilaksana memandangkan hutang negara pada ketika ini mencecah RM1.5 trilion.


"Bagi saya kerajaan boleh sahaja meneruskan langkah populis dengan membiarkan generasi akan datang menyelesaikan hutang-hutang lama.


"Tetapi Kerajaan Perpaduan ini berani mengambil tanggungjawab dengan membuat langkah penjimatan supaya generasi akan datang tidak terkesan dengan beban hutang yang tinggi ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Malah jelas Ketua AMK Marang itu, rakyat perlu yakin dengan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi negara takkala beliau merupakan satu satunya individu yang pernah membuat belanjawan surplus ketika menjadi Menteri Kewangan selama 7 tahun.


"Perlu untuk kita tahu selepas 1998, belanjawan negara ada adalah perbelanjaan defisit di mana negara terpaksa berbelanja lebih daripada hasil negara.


"Namun, keadaan itu tidak berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu," ujarnya.


Oleh itu, Asyraf menyeru pihak pembangkang menjalankan fungsinya sebagai semak dan imbang kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mengurangkan beban hutang negara.


"Pembangkang juga seharusnya perlu memainkan peranan mereka bukan sahaja kritik dan memberi maklumat salah, kerana beban hutang ini juga adalah tanggungjawab semua Ahli Dewan Rakyat.


"Mereka juga perlu akui ketika menjadi kerajaan dahulu tidak banyak langkah berani yang mereka lakukan, oleh itu berilah pandangan yang membina bukan hanya mencari politik murahan yang akhirnya merugikan rakyat," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page