top of page

Langkah ke belakang MCA tidak menyokong pemansuhan hukuman mati



Tindakan pemimpin Pemuda MCA, Heng Zhi Li, yang memuji presidennya, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong atas keputusan kabinet untuk tidak memansuhkan sepenuhnya hukuman mati dibidas Penyelaras Undang-undang Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek.


Menurut Zaid sikap Presiden MCA itu sesuatu yang memalukan, apatah lagi dalam situasi untuk Malaysia merayu agar hukuman mati ke atas rakyatnya di negara yang masih mengamalkan hukuman sedemikian diringankan.


"Hal ini lebih buruk apabila ia berlaku hanya selepas sebulan hukuman mati ke atas warga kurang upaya mental warga Malaysia Nagaenthiran Dharmalingam oleh rejim autoritarian di Singapura (dilaksanakan).


"Kegagalan kerajaan untuk melangkah lebih jauh dan memansuhkan hukuman mati secara total hanya akan menyukarkan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia lain, yang menghadapi hukuman mati di luar negara.


"Ini termasuk Pausi Jefridin warga Malaysia yang mempunyai IQ 67 dan sedang menghadapi hukuman mati di penjara Changi, Singapura


"Dengan memansuhkan sepenuhnya hukuman mati, Malaysia akan mempunyai kekuatan moral dan pengaruh politik untuk bersuara bagi pihak rakyatnya yang terdesak. Atau adakah MCA tidak mengambil berat tentang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dan keluarga mereka yang menderita?," tanyanya.


Menurut zaid lagi, MCA gagal memahami sama ada hukuman mati mencapai objektifnya sebagai pencegahan jenayah berat. Katanya, tiada satu pun kajian kuantitatif yang dilakukan di seluruh dunia menunjukkan hukuman mati mengakibatkan pengurangan dalam kejadian kesalahan hukuman tersebut.


Terutama, kata Zaid, kesalahan yang melibatkan dadah yang sejak daripada awal hukuman mati bukanlah suatu pilihan yang wajar dimasukkan dalam undang undang.


"Tiada apa-apa yang menggambarkan ini lebih daripada hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah, di mana keldai dadah peringkat rendah berulang kali disabitkan dan digantung, manakala raja dadah di belakangnya kekal bebas untuk mengeksploitasi individu lain yang tidak curiga atau terdedah untuk menggantikan mereka yang digantung," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, tegas Zaid, pemansuhan hukuman mati bukan bermakna penjenayah berat bebas daripada hukuman yang setimpal


Jelas beliau, bagi LFL banyak hukuman berat lain yang boleh dikenakan ke atas penjenayah yang ketika ini dijatuhkan hukuman mati.


Di samping itu, Zaid juga tertanya tanya sikap pemimpin MCA yang menerima kesalahan penghakiman boleh berlaku dan pesalah menerima hukuman berat biar pun tidak mempunyai bukti kukuh sabitan.


Beliau bertanya, bagaimanakah pesalah tersebut dianggap wajar menerima hukuman mati?


"Jika MCA menerima bahawa matlamatnya adalah untuk mengelakkan orang yang tidak bersalah disabitkan secara salah, maka pemansuhan hukuman mati adalah satu-satunya jalan ke hadapan.


"Selagi yang disabitkan secara salah masih hidup, maka sebarang kesilapan kehakiman boleh diperbetulkan. Sebaliknya, kematian dengan cara digantung, (sabitan) tidak dapat dipulihkan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page