top of page

Langkah Dubai: Speaker disaran gugurkan Ahli Parlimen berkomplot



Oleh: Abdullah Zaid


Propaganda yang dimainkan oleh laskar siber pembangkang mendakwa beberapa Ahli Parlimen cuba menumbangkan Kerajaan Madani melalui ‘Langkah Dubai’ dilihat mengarut dan memberi ancam kepada politik negara.


Sedangkan Akta Anti Lompat Parti dengan jelas mengikat Ahli Parlimen daripada membuat cubaan menukar kerajaan melalui Akuan Bersumpah (SD) sebagaimana diuar uarkan di media sosial.


Pengamal undang-undang, Shahrul Fazli Kamaruzaman berpendapat andainya benar sejumlah SD itu wujud maka disarankan Ahli Parlimen yang berkomplot tersebut digugurkan sebagai ahli Dewan Rakyat kerana mereka seolah olah telah meninggalkan parti.


"Mekanisme kita, SD yang ada beri kepada Speaker (Dewan Rakyat) maka tergugur keanggotaannya terus," katanya dalam siri bual bicara bertajuk ‘Tak de Skrip: Langkah Kelaut’ terbitan Media Perpaduan, malam tadi.


Menurut Shahrul, Akta Anti Lompat Parti yang mula dikuatkuasa pada Oktober 2022 jelas memperuntukan individu yang bertanding melalui sesebuah parti tidak boleh melanggar peraturan parti yang sedia ada.


Manakala dalam UMNO pula calon yang bertanding kerusi parlimen telah menandatangani dan terikat dengan perjanjian tidak boleh menyokong parti lain.


"Sekiranya, seseorang menjadi calon parti yang memasuki pilihanraya maka ia terikat kepada parti tersebut dan tidak boleh keluar daripada parti.


"Selain itu, jika calon tersebut bertanding atas tiket Bebas (pula) dan menang maka calon itu kena menjadi Bebas sehingga lima tahun akan datang," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kelompongan yang ada pada Akta Anti Lompat Parti sehingga empat orang Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri, adalah daripada kelemahan Bersatu sendiri tidak meminda perlembagaan parti.


Oleh itu, Shahrul mengingatkan pimpinan Bersatu mengambil saranan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggubal semula syarat dan peraturan parti bagi memastikan pelanggaran itu dikenakan hukuman.


"Saranan Wan Junaidi yang meminta parti politik gubal balik perlembagaan parti, adalah lebih baik dalam menentukan arah tuju dan struktur mengemudi parti supaya isu ini tidak berulang semula," katanya.


Sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 lalu kebanyakan parti parti politik telah meminda pelembagaan masing masing untuk menyesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti bagi mengelak Ahli Parlimen menyokong parti lawan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page