top of page

Langkah Dubai: ‘Kerajaan Perpaduan tidak tergugat, rakyat sudah muak’



Oleh: Abdulah Zaid


Teori kononnya kerajaan bakal beralih tampuk seronok didengar oleh penyokong pembangkang namun realitinya percubaan itu kelihatan semakin 'mengarut' dari hari ke hari.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan, propaganda yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang bersama laskar siber mereka hanya membuat rakyat muak kerana tidak kurang 5 tarikh telah diumumkan sepanjang 2023 namun satu pun tidak menjadi kenyataan.


"Momokkan kerajaan bakal tumbang ini sudah beberapa kali berlaku, kononnya kerajaan akan bertukar tangan tetapi masih tidak yang berlaku.


"Ini sudah semestinya membuatkan rakyat jelik dengan sikap pemimpin politik yang lebih mementingkan agenda politik mereka berbanding utamakan isu rakyat," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Justeru, sayap pemuda KEADILAN itu menyarankan pihak pembangkang segera menjalankan fungsinya sebagai pengimbang kepada kerajaan dan tidak membuang masa dengan menjadikan isu peralihan kuasa sebagai keutamaan.


"Selain itu, saya seru kepada pembangkang untuk jalankan fungsi mereka sebagai semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjadi pembangkang yang lebih berwibawa bukan hanya bermain politik semata-mata," ujarnya lagi.


Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud rancangan sulit dinamakan 'Langkah Dubai' untuk menggulingkan kerajaan.


Dakwanya, usaha pintu belakang itu turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dituduh menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran Kerajaan MADANI.


Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin rancangan dikepalai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada kerajaan selain menyeru agar isu tersebut tidak perlu diberikan perhatian.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page