top of page

'Langkah BN' di Negeri Sembilan tidak hormati institusi Raja - Ahli akademik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 hours ago
1 min read

Cubaan 'menurunkan' Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Barisan Nasional (BN) disifatkan tidak beradab dan tidak hormati institusi Raja Berperlembagaan.


Pakar undang-undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, kemelut politik terbaharu membabitkan jawatan Menteri Besar itu telah mencetuskan persoalan mengenai penghormatan terhadap kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkaitan urusan pelantikan serta peletakan jawatan Menteri Besar.


"Pendapat saya, apa yang sedang berlaku ini sangatlah tidak sepatutnya berlaku. Sesuatu yang agak mengelirukan rakyat dan juga ada unsur-unsur tidak menghormati institusi raja," katanya dipetik laporan media.


BN mencipta kontroversi baharu apabila bertindak mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim ketika Istana Negeri Sembilan belum mengesahkan ketulenan surat berkenaan dipersoalkan.


Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan kepimpinan Umno dan BN dalam menguruskan kemelut politik di Negeri Sembilan, khususnya membabitkan kedudukan Menteri Besar dan institusi Raja Berperlembagaan.


Noor Aziah sementara itu berkata, dalam sistem Raja Berperlembagaan, Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa budi bicara yang luas dan fleksibel, khususnya dalam urusan pelantikan Menteri Besar.


Beliau berpandangan, sekiranya Ismail mahu meletakkan jawatan, beliau sendirilah yang perlu pergi menghadap Tuanku dan membawa surat peletakan jawatan.

"Ini kerana kita Raja Berperlembagaan dan Tuanku mempunyai budi bicara untuk berkenan melantik seorang Menteri Besar. Baginda juga mempunyai budi bicara serta hak untuk tidak berkenan atas peletakan jawatan.


"Proses menghadap Yang di-Pertuan Besar sepatutnya dilakukan terlebih dahulu sebelum disusuli surat daripada parti yang mengemukakan nama calon pengganti untuk pertimbangan baginda," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page