top of page

Laluan penerbangan KLIA–Semarang kukuh jaringan pelancongan serantau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 6
  • 1 min read

Laluan baharu Air Asia, Kuala Lumpur–Semarang dilancarkan. Foto: AirAsia.com
Laluan baharu Air Asia, Kuala Lumpur–Semarang dilancarkan. Foto: AirAsia.com

AirAsia Malaysia terus mengorak langkah strategik apabila melancarkan laluan baharu Kuala Lumpur–Semarang, sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi ke-17 syarikat penerbangan itu di Indonesia.


Perkhidmatan yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Lapangan Terbang Jenderal Ahmad Yani itu selari dasar Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh industri penerbangan dan pelancongan kedua-dua negara.


Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy dalam kenyataan yang dipetik daripada AirAsia Newsroom berkata, laluan tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan yang memudahkan pelancong dari Indonesia menikmati kekayaan budaya serta tarikan pelancongan Malaysia.


"Kami berharap dapat menyambut lebih ramai pengembara, pencinta budaya dan pelawat dari bandar-bandar di luar hab utama," ujarnya sambil menegaskan langkah tersebut turut sebagai menyokong persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).


"Kehadiran semula AirAsia adalah tepat pada masanya. Bakal merancakkan aliran pelancongan, aktiviti perniagaan serta pelaburan antara Kuala Lumpur dan Jawa Tengah," kata Gabenor Jawa Tengah, Ahmad Luthfi dipetik laporan sama.


Sebagai rekod, Malaysia menyasarkan kehadiran 47 juta pelancong antarabangsa dengan perbelanjaan lebih tinggi serta tempoh tinggal lebih lama menerusi penganjuran TMM2026.


TMM2026 dijangka memberi limpahan ekonomi besar kepada rakyat sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page