Laluan MRT 3 lebih panjang, mengapa anggaran penumpang rendah berbanding MRT 1?



Pembinaan Sistem Transit Aliran Sederhana (MRT) 3 yang sedang rancak dilaksanakan membawa kepada perdebatan jumlah penumpang yang akan menaikkinya, sama ada berbaloi dengan pelaburan kerajaan berbilion ringgit untuk kos pembinaan.


Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang pernah membangkitkan persoalan anggaran penumpang dalam sesi Dewan Rakyat yang lalu kepada Menteri Pengangkutan masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.


Katanya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam jawapannya mengunjur purata jumlah penumpang harian untuk MRT 3 jauh lebih rendah berbanding MRT 1 biar pun jarak laluan MRT 3 lebih panjang dan stesennya lebih banyak.


"Apabila siap kelak, MRT 3 dianggarkan membawa sejumlah 180,300 penumpang sehari dan dijangka meningkat kepada 1.01 juta menjelang 2060. Jawapan Menteri ini mengelirukan.


"Menurut laman sesawang MRT Corp, MRT 1 (Laluan Kajang) mempunyai 29 stesen, panjang 42km, manakala MRT 2 (Laluan Putrajaya) sepanjang 56km dan mempunyai 36 stesen. Unjuran purata jumlah penumpang harian untuk MRT 1 dan MRT 2 adalah 442,000 dan 529,000


"Panjang MRT 3 lebih kurang 51km dan mempunyai 33 stesen. Bagaimana unjuran purata jumlah penumpang harian boleh menurun begitu mendadak kepada hanya 180,300?


"Sedangkan MRT 3 lebih panjang dan mempunyai stesen yang lebih banyak berbanding dengan MRT 1 tetapi unjuran penumpang 40% daripada MRT 1," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Lih Kang mahu Menteri menjelaskan bagaimanakah beliau mendapat kiraan penumpang yang mempunyai perbezaan sedemikian besar.


Begitu juga, katanya jika dibandingkan dengan MRT 2 yang 5km lebih panjang dan mempunyai lebih 3 stesen. Unjuran penumpang MRT 3 tidak sampai 35% daripada unjuran penumpang MRT 2


Tegas beliau, unjuran penumpang sama sekali tidak memberi gambaran yang realistik.


"Maka, sama ada Menteri Pengangkutan memberi jawapan palsu unjuran MRT 3 dalam dewan yang mulia, atau unjuran MRT 1 dan 2 sebelum ini adalah palsu.


"Kalau unjuran MRT 1 dan 2 palsu, bermakna kerajaan sebelum ini telah ditipu untuk membina projek mega tersebut. Sejak MRT 1 beroperasi sepenuhnya pada tahun 2017, purata jumlah penumpang harian yang paling tinggi adalah pada tahun 2019, iaitu 204,821 penumpang sahaja.


"Jumlah ini bukan saja jauh tersasar daripada unjuran kerajaan, iaitu 442,000, malah belum sampai 50% daripada unjuran awal.

"Justeru, saya menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER