top of page

Laluan Batang Kali- Genting dibuka semula hari ini



Laluan Batang Kali – Genting Highlands yang ditutup sejak 16 Disember lepas ekoran tragedi tanah runtuh akan dibuka semula pada 5 petang ini dengan kawalan pihak berkuasa.


Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja.


Ia dibuka kepada kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) serta kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter) dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan.


"Pengguna hendaklah berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan," menurut kenyataan itu.


JKR dalam kenyataan sama turut mengingatkaan pengguna laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh.


Dalam tragedi Disember lalu itu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang terletak di Gohtong Jaya, Batang Kali.


31 nyawa disahkan terkorban, manakala 61 yang lain selamat dalam kejadian itu.


Susulan kejadian itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengumumkan penutupan jalan itu selama setahun bagi kerja-kerja pemulihan cerun.


Bagaimanapun keputusan penutupan jalan itu meresahkan banyak pihak terutama peniaga dan pengusaha hotel di Batang Kali, selain mereka yang menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja di kawasan tanah tinggi.

Menteri Besar Selangor, susulan rungutan orang ramai itu telah mengadakan perjumpaannya dan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi mencari penyelesaiaan bagaimana jalan itu dapat digunakan sementara oleh pekerja dan peniaga terbabit.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page