Lakukan perubahan di Melaka, benarkan PH perintah selama 5 tahun



Kempen penghabisan dari Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan pengundi agar tidak memilih kerajaan yang 'menyamun' wang rakyat dan menjatuhkan Malaysia ke kedudukan yang tidak lagi dihormati dunia.


Kejatuhan ranking Malaysia, katanya menyebabkan pelabur tidak lagi menganggap negara ini sebagai destinasi utama pelaburan.


"Kementerian yang saya jaga dulu (Kementerian Pertahanan), ada dibuat kapal harga lebih RM8 bilion tak siap sampai hari ini. Duit entah ke mana. Beli helikopter tak sampai, duit entak ke mana?


"Dari negeri yang dihormati, ranking jatuh menjunam. Pelabur asing nak buat pelaburan di Kuala Lumpur, dia pergi mendarat di Indonesia atau Ho Chi Min. Ini negeri menarik perhatian pelabur luar, bukan lagi di Malaysia," katanya.


Mohamad juga mengingatkan pengundi agar tidak memilih kerajaan yang tidak stabil, sentiasa bertarung sesama sendiri sebagaimana BN dan PN.


"Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang, tiga tahun, 3 PM. Kalau kita biarkan mungkin 5 - 6 PM sehingga habis penggal. Bila berlaku begini lahirlah PM yang tak kuat, tak dapat sokongan. Mahiaddin tak kuat dia dijatuhkan, kemudian naik Ismail Sabri tidak kuat tetapi kita tidak mahu pertukaran PM setiap tahun maka kita sanggup buat persefahaman. Kalau sanggup bantu rakyat tangani Covid, untuk rakyat kita sanggup beri kerjasama.


"Kemudian dalam keadaan nak beri kerjasama ini keluar (didedahkan) kerajaan nak beri RM100 juta kepada Najib Razak. Kami akan tentang habis-habisan, kalau beri RM100 juta ini. Kalau beri imbuhan kepada Najib, penghargaan, Ismail out, you go," katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja itu menambah, rakyat Melaka tidak wajar melepaskan peluang pengundian esok untuk memberi isyarat kepada BN agar tidak meneruskan penyelewengan dengan mengundi PH.


"Sekarang Allah mentakdirkan pilihan raya memberi peluang rakyat negeri Melaka untuk kembalikan pemerintahan PH selama 5 tahun dari sekarang, untuk kita melihat satu kerajaan yang pentingkan rakyat muncul pada esok malam, InshaAllah.


"Melayu, Cina, India, Portugis semuanya keluarlah mengundi esok, keluar beramai-ramai. Saya harap undi PH," katanya.


Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula menasihatkan pengundi agar memilih Ketua Menteri yang diyakini semua sebagaimaana Adly Zahari.


"Pilihlah seorang Ketua Menteri yang disokong oleh semua, bukan setiap hari perlu lihat ke belakang siapa akan tumbangkan dia.


"Pilih seorang Ketua Menteri yang boleh jaga semua rakyat tanpa memilih kaum, agama, latar belakang. Kita tidak mahu dipecah belah dengan isu ekstremisme dan perkauman," katanya.


Ahli Parlimen Bagan itu juga membawakan kisah pelaburan berbilion ringgit yang mahu masuk ke Melaka pada ketika PH memerintah namun hari ini tidak lagi diketahui nasib pelaburan berkenaan.


"Kita baca akhbar baru-baru ini, sebuah negara di Timur Tengah membuat pelaburan RM137 bilion ke Indonesia. Mengapa tidak ke Malaysia? Semasa PH menjadi kerajan kita bincang untuk pelaburan besar di bawah Ketua Menteri. Pelaburan digital akan melabur di Melaka. Namun kita tidak tahu apa jadi dengan pelaburan itu sekarang.


"Saya harap esok rakyat Melaka bersatu kembali dengan PH. Bukan sahaja anak kita hidup lebih baik tetapi kita hidup lebih bermaruah. Kalau kita ada kerajaan yang lawan satu sama lain, kita akan hilang segala-galanya," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER