Lakukan forensik audit, kenal pasti siapa buat kesalahan sebelum selamatkan Sapura



Penyelamatan syarikat Sapura Energy Bhd tidak boleh dilakukan secara semberono dengan alasan perniagaan Bumiputera kerugian akibat kenaikan harga minyak dunia.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat banyak faktor lain menyebabkan syarikat berkenaan tidak mampu bertahan ketika mana firma minyak dan gas lain terus beroperasi dalam keadaan harga minyak tinggi.


"Masalah Sapura ini berbangkit sejak kerugian 2016, pada tahun sama tatkala kerugian dicatat Ketua Eksekutifnya masih memperolehi pendapatan, keutungan, hasil dan elaun RM83 juta.


"2018 tatkala kerugian mencatat lebih RM2.5 bilion pendapatan beliau RM71.9 juta. Keseluruhan pendapatan dan elaun Ketua Eksekutif dan kelompok dia, keluarga dan lain lain dari 2012 hingga 2021 mencah RM1.1 bilion. Ini syarikat besar yang dipelopori Tan Sri Shahril peringkat awal, Kamaludin Tun Abdullah Badawi, dan Datuk Mokhzani Tun Mahathir. Jadi kita nak bahaskan menyelematkan syarikat yang pada peringkat awal dimulai oleh mereka, walaupun sekarang dikuasai oleh Tan Sri Shahril dan kemudian timbul kemelut besar ini, dan dimiliki sebahagian besar oleh PNB," katanya dalam Debat Perdana bersama Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.


Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar tidak menolak dilakukan suntikan dana penyelamat kerana Sapura juga menempatkan pelaburan besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan saham amanah milik rakyat. Namun beliau mencadangkan agar sebelum diselamatkan perlu dilakukan forensik audit ke atas Sapura, sebagaimana penyelamatan Perwaja Steel Bhd ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada era 1990an lalu.


"Soalnya sebelum kita campur dalam urusan ini, mesti ada forensik audit. Bila timbul masalah Perwaja dulu. Setelah saya diarah membantu Perwaja, saya minta price water house melakukan forensik audit. Tidak cukup, minta dia (PWH) uruskan syarikat itu kerana ia telah rosak.


"Sekarang apa yang berlaku ialah kita diminta bantu bila Ketua Eksekutif untung berbilion. Penjualan tahun 2017 oleh Datuk Mokhzani semua mencatat keuntungan besar. Dan sekarang bila kelompok elit, bumiputera elit itu telah menguasai dengan keuntungan besar, kita dibebankan dengan permasalahan nak selamatkan. Ini seperti mana telah berlaku kepada Tabung Haji, Felda, 1MDB, sekarang ini kemungkinan Serba Dinamik dan DNB kalau kita tak waspada.


"Kita mesti melihat hal ini dalam kerangka lebih besar, masalah pengurusan, masalah integriti, masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.


Datuk Seri Anwar juga membandingkan lebih 165,000 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana milik Bumiputera yang 40,000 di antara telah gulung tikar tidak pula kerajaan cuba untuk menyelamatkan.


Katanya, tanpa mengetahui punca masalah Sapura dan hanya menyuntik dana maka kerugian akan berterusan disebabkan penyelewengan atau sebagainya.


"Saya tidak nafikan kepentingan kita melihat (berusaha menyelamatkan), tetapi mesti bermula dengan forensik audit. Apa yang berlaku, bagaimana perjanjian dibuat, siapa yang ambil komisyen, arahan siapa, ahli politik mana? Itu semua kita kena tahu sebelum kita campur. Kalau tidak kita buat andaian 'semua berjalan baik'. MAS kita sudah lihat, perwaja kita sudah tengok. Banyak masalah lain yang harus jadi pengajaran kepada kita


"Kalau tidak kita ulang, bukan satu tetapi 10 - 15 syarikat. Sekarang macam MRT kos RM20 bilion, RM40 bilion kita tidak tahu. Kemudian DNB mulanya RM10 bilion, RM 18 bilion, RM20 bilion. Kita akan ulang masalah ini, tidak ada integriti, tidak ada urustadbir baik, tidak ada perubahan tekad politik untuk membetulkan sistem


"Cuma bila ada masalah dihempap kepada kita selesaikan. Yang jadi punca masalah macam mana?" tanyanya.


Mengenai hujah Najib bahawa pentadbiran PH yang lalu juga telah menyelamatkan Sapura Energy, Anwar menjawab keputusan dibuat ketika Najib menjadi PM dan kerajaan selepasnya hanya meneruskan sahaja.


"Kerajaan melalui PNB memberi suntikan RM2.7 bilion yang menruut Datuk Seri Najib dilakukan semasa PH. Saya nak jelaskan keputusan itu dibuat oleh lembaga semasa Datuk Wahid Omar (mantan menteri ekonomi) mempengerusikan, 2 bulan selepas itu, selepas Tan Sri Zeti mengambil alih dia terpaksa teruskan," katanya.


Manakala hujah Najib bahawa penyelamatan sekiranya dilakukan tidak menggunakan wang kerajaan sebaliknya dana Petronas dipatahkan Datuk Seri Anwar dengan bertanya kembali bukankah Petronas milik kerajaan.


"Disebut kerajaan tak guna 1 sen (wang rakyat). Ini saya dengar banyak kali, ada sahaja masalah disebut kerajaan tak ada 1 sen. Tak ada apa, Petronas (dicadang) yang ambil alih (Sapura). Itu bilion, bukan 1 sen.


"Sama dengan Petronas milik siapa? Milik kerajaan bermakna milik rakyat," bidasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER