Laksana 'Tiket Harga Terkawal' untuk 250,000 pengundi balik mengundi di Sarawak



Harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak yang mencecah RM2,000 ketika ini terlalu mahal dan berpunca daripada sekatan penerbangan oleh Kerajaan Negeri


KEADILAN Sarawak menggesa agar harga tersebut diturunkan dengan Kerajaan Negeri membenarkan lebih banyak penerbangan serta syarikat penerbangan mengenakan 'Tiket Harga Terkawal' atau Penerbangan Perkhidmagtan Negara sebagai promosi khas agar pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 November ini balik mengundi


Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN Sarawak, Cherishe Ng (gambar, dua dari kiri), Kementerian Pengangkutan Sarawak seharusnya memperbanyakkan penerbangan ke negeri itu yang kini dikawal kepada 21 penerbangan seminggu dan melonjakkan harga tiket.


Beliau turut menyeru agar syarikat penerbangan memberi insentif khas sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu dengan harga tiket diskaun.


"Saya menggesa Kerajaan Negeri, SDMC dan pihak berkepentingan penerbangan seperti MAS dan AirAsia untuk meneruskan tiket harga terkawal untuk baki tempoh Disember hingga Januari. Carian sepintas lalu dalam talian akan menghasilkan harga tiket dari KL-KCH daripada julat luas RM 200 - RM 2,000.


"Semasa PRU14, MAS Airlines memperkenalkan peningkatan kekerapan penerbangan ke Malaysia khusus untuk menggalakkan pengundi Malaysia kembali mengundi, dan menghadkan (harga tiket) Penerbangan Perkhidmatan Negara pada RM 199.


"Saya menggesa SDMC dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mempertimbangkan membawa penerbangan Perkhidmatan Negara ini kembali ke Sarawak dengan kadar istimewa untuk kira-kira 250,000 pengundi dari Semenanjung dan Sabah pulang mengundi," katanya.


Cherishe amat mengharapkan rakyat Sarawak yang bekerja di luar akan pulang kali ini sebagaimana mereka telah melakukannya pada PRU 14 lalu.


"Saya dengan rendah hati menggalakkan rakyat Sarawak di Semenanjung dan Sabah untuk merancang awal dan membeli tiket secepat mungkin untuk kembali ke Sarawak pada Hari Pilihan Raya pada 18 Dis 2021.


"Sebagai rakyat Sarawak, kita semua mempunyai hak demokratik untuk mengundi memilih kerajaan dan wakil-wakil yang kita mahu dalam Dewan Undangan Negeri, dan kita mesti mengambil peluang untuk melaksanakan hak itu.


"SDMC serta Kementerian Pengangkutan mesti bekerjasama meneruskan penetapan harga terkawal ini bagi menggalakkan rakyat Sarawak pulang ke Sarawak," katanya lagi.


Cherishe sempat mengadakan sidang media ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berikutan lawatan singkat Pengarah Strategi KEADILAN Sin Tze Tzin dan Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

0 comments