top of page

Laksana sistem apungan harga beras, ambil kejayaan harga ayam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 29, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan disyorkan melaksanakan sistem apungan harga beras bagi memastikan bekalan beras tempatan terjamin.


Hasrat itu dizahirkan Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru). Beliau berkata, langkah itu dilihat antara penyelesaian terbaik bagi menjana harga munasabah mengikut pasaran semasa.


Menurut Tze Tzin, cadangan apungan itu boleh dilaksanakan memandangkan harga beras dunia dijangka menurun menjelang pertengahan tahun ini.


"Selepas pilihanraya India pada April ini, kita menjangkakan harga beras dunia akan turun.


"Pada masa itu, harga beras tempatan boleh diapungkan mengikut pasaran dunia kerana kawalan harga bukan penyelesaian selama-lamanya biarlah pasaran menentukan harga beras," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Bagi harga ayam, jelasnya, pemansuhan kawalan sejak November lalu telah berjaya mengekalkan harga makanan itu pada kadar berpatutan dan ianya perlu dijadikan contoh.


"Kita harus ambi iktibar daripada harga ayam selepas harga ayam diapungkan harga ayam kekal stabil tidak melonjak


"Pada masa sama akan mengatasi masalah kekurangan bekalan dalam pasaran. Dulu harga ditetapkan tetapi di pasaran ayam sukar didapati," ujarnya lagi.


Bahkan, katanya, pemansuhan subsidi ayam itu juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan pada ketika ini.


"Langkah bijak kerajaan itu menjimatkan perbelanjaan selain penyelesaian serampang tiga mata," ujarnya.


Dari segi penguatkuasaan, Tze Tzin berkata, peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi berkaitan perlu tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap kartel-kartel yang jelas melanggar akta sedia ada.


"Industri beras harus ada reformasi 100 peratus kerana sudah terlalu lama industri padi dan beras tidak dirombak mengikut perkembangan semasa.


"Justeru, ini masa yang sesuai untuk menyusun semula rantaian industri padi dan beras negara," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page