Laksana polisi kesaksamaan kesihatan mental untuk semua - Fadhlina Sidek



Isu kesihatan mental mewarnai wacana pelbagai media dan forum akademik sepanjang pendemik Covid 19 2020 - 2021.


Pengurungan rakyat selama berbulan bulan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan kehilangan sumber pendapatan yang membawa kepada gejala membunuh diri menjadi perbincangan hangat dan solusinya menggesa kerajaan melindungi pesakit mental, bukan menghukum mereka.


Bagi Senator Dewan Negara Fadhlina Sidek, tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini “Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental” amat tepat untuk menggambarkan keprihatinan yang sewajarnya ditunjukkan oleh kerajaan dalam menguruskan masalah mental rakyat.


Katanya, terdapat keperluan yang kritikal untuk mengurangkan kesenjangan dalam semua segmen masyarakat khsusnya berkaitan dengan akses terhadap perkhidmatan kesihatan mental


"Tema sambutan pada tahun ini sangat bertepatan dengan Dasar Kesihatan Mental negara yang pertama iaitu “Mudah diperolehi dan saksama”. Dalam konteks kesaksamaan kesihatan mental, dasar ini sangat penting dalam menentukan penjagaan kesihatan mental mudah diperolehi secara sama rata dan adil bagi setiap segmen masyarakat dari segi demografi dan keupayaan ekonomi.


"Saya ingin menegaskan konsep kesaksamaan dalam kesihatan mempunyai prinsip moral dan etika berhubung dengan keadilan sosial yang membawa implikasi bahawa setiap orang mempunyai peluang sama rata untuk mencapai potensi kesihatan dengan sepenuhnya.


"Dasar ini sangat kritikal dalam memberikan keutamaan kepada kesaksamaan dalam memperolehi perkhidmatan kesihatan mental dan mengurangkan kesenjangan dalam masyarakat," katnya.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wania KEADILAN itu lagi, satu sisi lain aspek Dasar Kesihatan Mental negara yang penting adalah “perundangan” di mana hak dan kebebasan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan mental harus diberi jaminan dan perlindungan melalui undang-undang.


"Jaminan hak asasi kemanusiaan dan undang-undang yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan melindungi hak mereka yang menghidap penyakit mental sangat penting untuk mengelakkan stigma dan prejudis serta menghapuskan diskriminasi dalam masyarakat.


"Saya menyambut baik komitmen kerajaan yang menyatakan hasrat untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan berkaitan dengan percubaan membunuh diri dengan tumpuan diberikan kepada pemulihan rawatan dan intervensi.


"Dalam hal ini, kerajaan juga harus meneliti pindaan-pindaan terhadap undang-undang lain yang terkait rapat dengan kesihatan mental termasuk pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memberikan takrifan kepada maksud “kesihatan” yang membawa maksud kesihatan mental," katanya lagi.


Tegas Fadhlina, peruntukan khas berkaitan takrifan kesihatan mental mesti dimasukkan untuk menangani masalah tersebut termasuk menyediakan sokongan kepada pekerja yang berhadapan dengan isu kesihatan mental.


Tanggal 10 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan tema pada tahun ini adalah “Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental” yang menyarankan pemerintah memberi kesaksamaan rawatan kepada semua jenis penyakit mental pada setiap warganegara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER