top of page

'Lain parti menang peruntukan tak dapat, keluarga Malaysia apa?' - KEADILAN Sarawak



Ungkapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar rakyat Sarawak memilih Kerajaan Negeri yang 'tepat' dengan kehendak Kerajaan Persekutuan agar memudahkan kelulusan peruntukan dibidas oleh KEADILAN Sarawak.


Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, ucapan itu tidak wajar dikeluarkan dari mulut seorang PM Malaysia yang mempunyai tanggungjawab ke atas semua rakyatnya.


Malah, kata Abun Sui, perkataan itu seolah-olah menyemai budaya politik samseng 'orang kuat' menekan sesiapa sahaja tanpa rasa bersalah.


"Ini bagi saya seolah olah PM menyemai budaya politik samseng. You tak sokong saya, saya tak bagi you. Macam itulah perangai samseng. Kalau tak ikut, dia tak bagi


"Ini seorang PM yang katanya (mentadbir) Keluarga Malaysia. Buat Keluarga Malaysia tetapi kenapa dia awal awal sudah menunjukkan mahu menganaktirikan pembangkang? Buang ke longkanglah Keluarga Malaysia itu.


"Jangan hanya dibibir sahaja Keluarga Malaysia. Pada masa sama, peruntukan, projek akan batal semua (kalau tak undi parti rakan). Dia tidak patut buat macam itu," katanya kepada Suara Keadilan.


Ketua Cabang Hulu Rajang itu juga memberi peringatan kepada PM agar tidak menganggap rakyat Sarawak warga kelas kedua atau boleh dipermain mainkan.


Katanya, PM perlu menunjukkan jiwa besar dan belajar menerima keputusan pilihan raya atau kerajaan mana yang mahu dipilih oleh rakyat.


"Sebab itu kita adakan pilihan raya. Siapa pun yang dipilih oleh rakyat, pembangkang kah, kerajaan kah, sama dengan kerajaan pusat atau tidak, itu adalah sah dari segi undang undang. Kenapa tiba tiba kalau mereka yang tidak sealiran memerintah maka nak sekat? Ini politik tidak betul


"Tidak patut (perkataan itu) keluar dari mulut seorang PM," katanya.


Justeru, Abun Sui menyeru Ismail Sabri mengikut contoh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 lalu yang terus memberikan peruntukan kepada Sarawak, biar pun ketika itu Gabungan Parti Sarawak adalah pembangkang di peringkat nasional.


"Sebenarnya dalam demokrasi siapa yang rakyat pilih merekalah yang mentadbir negara ini dan memberikan peruntukan tanpa mengira bangsa, agama, politik dan sebarang latar belakang


"Yang layak dapat terus dapat, bukan kerana parti. Ini dilaksanakan oleh PH dengan memberikan peruntukan kepada pembangkang pada masa itu. Walau secara terang terang pembangkang (GPS) itu adalah lawan kita.


"Parti pembangkang (Ahli Parlimen) pun diberi peruntukan, apa lagi rakyat yang mengundi pembangkang," katanya.


Semalam, ketika melawat ke pekan Kapit, PM Ismail Sabri berkata, lebih banyak peruntukan akan diberikan kepada Sarawak jika rakyat memilih kerajaan yang betul pada pilihan raya kali ini.


"Dan saya lebih senang dan lebih mudah kerja saya, sebab Ketua Menteri Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) adalah sahabat saya. Sebab itu, kali ini saya harap jangan membuat keputusan yang silap, banyak lagi yang hendak lulus ini tidak dapat dilaksanakan kalau lain pemerintah negeri dengan pusat,” katanya semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square di Kapit.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page