top of page

Lahirkan lebih banyak tenaga kerja mahir berasaskan digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 9, 2023
  • 1 min read


Malaysia perlu memberi fokus dalam menyediakan ekosistem dan tenaga kerja mahir khususnya dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kata Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.


Melalui ucapan di majlis Penutup Karnival #Mydigitalmaker 2023 di Kuala Lumpur semalam, Fahmi menjelaskan, langkah itu penting sebagai persediaan bagi mendepani kerjaya berasaskan teknologi digital.


"Langkah persediaan ini amat penting untuk meningkatkan kemampuan dan kebolehan ke arah alam pekerjaan di samping menanam rasa minat terhadap bidang STEM daripada bangku sekolah.


"Justeru, inisiatif #Mydigitalmaker melalui Karnival #Mydigitalmaker merupakan antara salah satu komponen utamanya telah memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir negara," katanya dipetik.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital, Sivanesan Marimuthu.


Sementara itu tambah Fahmi, berdasarkan laporan 'The Economic Impact of Generative AI: The Future of Work in Malaysia', teknologi kecerdasan buatan generatif berpotensi membuka kapasiti produktif ekonomi Malaysia hingga AS$113.4 bilion dan mampu menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk negara.


Malah beliau turut menambah, laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan lapan daripada 10 pekerjaan baharu memerlukan kemahiran teknologi digital dan kerjaya berasaskan teknologi digital itu meningkat hampir tiga kali ganda.


"Ketika ini, perniagaan berteraskan teknologi digital menyumbang lebih daripada separuh ke arah ekonomi global dan dalam dekad yang akan datang, ekonomi digital bakal mencipta 70 peratus daripada semua nilai baharu," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page