
Rapat Mega KEADILAN 2022 malam tadi memperkenalkan satu lagu tema baharu yang perlu dinyanyikan rakyat prihatin sepanjang kempen menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Lagu berkenaan dilancarkan oleh Ketua Cabang KEADILAN Ampang, Syed Ahmad Syed Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet dalam dunia hiburan tanah air.
Dalam ucapannya Syed Ahmad berkata, beliau tidak lagi menyanyi sejak 3 tahun lalu dan tidak akan memenuhi hasrat anggota parti untuk menyanyi pada rapat mega berkenaan. Sebagai kompromi katanya, beliau melancarkan lagu berkenaan dan dinyanyikan bersama hadirin.
"Saya diminta buat sesuatu istimewa malam ini. Ada orang minta saya nyanyi tetapi dah tiga tahun saya tak nyanyi.
"Jadi ada beberapa ahli parti dia cuba beli saya dengan gula gula untuk menyanyi. Tetapi dia tak tahu saya macam anak Selangor, tak boleh dibeli dengan gula gula. Saya macam presiden tak jual prinsip. Teguh. Saya macam Timbalan Presiden, benar tetap benar.
"Tetapi saya menawarkan satu kompromi. Sebagai kompromi kita dengar lagu baru, lagu penyamun.
"Inspirasinya saya ambil dari Timbalan Presiden kita, Ayuh Malaysia. Saya tukar. 'Y' itu saya tukar jadi 'D'. Jadi sama sama kita layan lagu ini. Berjudul Aduh Malaysia," katanya.
Aduh Malaysia
La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la
Inspektor sahab saya nak buat laporan,
Negeri saya ada 2 3 tokan
Sini banyak ikan diorang monopoli joran
Rakyat ta kdapat memancing kami lapar & bosan
Orang dia buncit makan duit tepi
Orang kita tak mampu orang luar beli
Bila tengok berita kita semua rasa geli
Bila pusing nusantara kawan kawan kami perli
La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la
Inspektor Sahab ini abad ke 21
Jadi kenapa masih ada kapal kita separa kayu?
Rakyat sama sultan dia cuba tipu
Cuba bagitahu aku kenapa macam gitu?
Ada kapal selam yang tak reti berenang
Acaner kalau sisir pantai kena serang?
Terus terang tidur aku tak tenang
Fikir nasib anak bini kalau kita kena serang perang
La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la
Duit aku makin kecik buncit dia makin besar
Makin ramai miskin bandar ramai miskin tegar
Adayang bersuara masih rasa gentar
Ada mulut buka besar, tersedak penuh dedak
Mungkin cara mereka dilentur
Dulu dulu mula takde siapa yang tegur
Makin lama maruah kita semakin lebur
Jadi biar aku buka mulut semua kena sembur
La la la la la la la la
Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?
Hoi bangun yang lama mengelamun
Duit kau aku, semua dia sapu
La la la la la la la la
Comments