top of page

Lagi 5 hari mengundi, mana janji benar calon kempen di media kerajaan?



Janji Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membenarkan calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen di media rasmi kerajaan kerana kekangan berkempen secara tradisional akibat Prosedur Operasi Piawai (SOP) terlalu ketat terus ditagih.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertanyakan bilakah janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu membenarkan calon berucap di stesen penyiaran rasmi menjadi kenyataan.


"Kami berpendirian calon-calon Harapan mesti diberi ruang sama rata berkempen di saluran rasmi kerajaan seperti yang dihajati kerajaan.


"Namun, sehingga kini belum nampak ada usaha dan kesediaan jelas ke arah itu, termasuk menganjurkan debat antara calon-calon Ketua Menteri Melaka. Ini tidak sihat untuk sistem demokrasi kita yang sudah pun terjejas teruk akibat wabak.


"Minta laksanakan hak yang asas pun susah?" tanyanya dalam catatan Facebook sambil memuat naik gambar bersarapan sebelum meneruskan jelajah kempen 'santai bertanya khabar' hari ini.


Kelmarin, dalam satu siaran video Anwar sekali lagi menyarankan agar stesen penyiar kerajaan menerima cadangan beliau untuk dianjurkan debat antara calon Ketua Menteri PH, PN dan BN.


"Calon Ketua Menteri, adakanlah perbincangan sesama mereka. Nak dialog, perbahasan, boleh. Dia terangkan kalau saya jadi Ketua Menteri ini dasar saya, ini kelemahan yang kita harus perbetulkan.


"Saudara Adly Zahari setuju, calon BN tak setuju, calon PN belum tentu. Jadi ini kita tengok keadaan yang serabut di Melaka.


"Saya tekankan semula keperluan ada perbahasan antara tiga calon Ketua Menteri ini untuk mengenengahkan kepada rakyat apa akan dilakukan kalau menang dan dipilih rakyat," katanya.


Terdahulu, penganalisis politik berpendapat pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan dikenang sebagai pemimpin yang menekan demokrasi dan proses pilihan raya kerana membenarkan SOP yang melarang kempen.


Calon-calon PH dan PN mendakwa mereka dihalang untuk bertemu rakyat dan melakukan kempen secara tradisional.


Kempen melalui media sosial pula terbatas kerana kawasan luar bandar Melaka tiada akses internet munasabah.


Sedangkan stesen penyiar kerajaan hanya memaparkan calon-calon BN melakukan gerak kerja serta membariskan muka-muka mereka untuk dikenali oleh para pengundi, seolah-olah hanya satu parti yang bertanding.


Maka dengan itu, calon-calon pembangkang mahu debat dilakukan di stesen penyiar rasmi supaya pengundi mengenali diri mereka.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page