top of page

Ladang khinzir: Razman jangan membisu, beri penjelasan - AMANAH Perak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 18
  • 2 min read

Isu ladang khinzir tidak pernah diselesaikan sewaktu Pas sebahagian kerajaan Perak pada 2020 - 2022
Isu ladang khinzir tidak pernah diselesaikan sewaktu Pas sebahagian kerajaan Perak pada 2020 - 2022

Isu ladang khinzir di Tanjung Keramat, Ayer Kuning yang ditimbulkan oleh ADUN Manjoi, Hafez Sabri dalam sidang DUN baru-baru ini perlu dijawab segera oleh bekas Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dari Pas, Razman Zakaria.


Menurut Setiausaha AMANAH Negeri Perak, Salman Saleh, pemimpin utama Pas Perak itu perlu menyatakan sebab mengapa isu ladang tersebut tidak ditangani semasa Pas memegang kuasa dalam Kerajaan Perikatan Nasional penggal lalu.


"Isu ini kini cuba dijadikan modal serangan politik oleh PN seolah-olah mereka tidak pernah memegang kuasa dan memegang tanggungjawab terhadap isu ini sebelum ini.


"Namun yang lebih penting dan ditunggu oleh rakyat Ayer Kuning ialah penjelasan terbuka daripada Razman Zakaria, bekas Exco Pertanian Negeri Perak dari tahun 2020 hingga 2022, yang secara langsung memegang portfolio berkaitan penternakan, termasuk isu ladang babi.

 Salman Saleh
 Salman Saleh

"Ketika beliau berada dalam kedudukan untuk bertindak, apa sebenarnya yang telah beliau lakukan untuk menyelesaikan isu ladang babi di Tanjung Keramat ini?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Tegas Salman, pengundi di DUN Ayer Kuning mahu tahu apakah Pas pernah mengusulkan solusi pada waktu mereka memerintah namun tidak sempat diselesaikan kerana hilang kuasa atau apa sahaja tindakan Pas dalam hal terbabit.


"Apakah wujud pelan penyusunan semula, cadangan pemindahan atau usaha pembentangan di peringkat mesyuarat Exco Kerajaan Negeri?


"Jika tiada, apa hujah beliau membiarkan ladang tersebut terus beroperasi tanpa sebarang tindakan?" tanyanya lagi.


Sekiranya tiada penjelasan, kata Saleh, maka pengundi akan berpegang dengan kenyataan pihak Pas sewaktu memerintah pada penggal lalu yang menjawab soalan wartawan dengan alasan 'mempertimbangkan' pilihan yang ada dalam isu aduan bau tidak menyenangkan dari ladang khinzir di kawasan itu.


"Lebih mengecewakan, ketika ditanya media pada tahun 2021, Razman menyatakan bahawa kerajaan tidak perlu mempertimbangkan perkara itu kerana penternak telah melabur jutaan ringgit untuk mengurangkan masalah bau.


"Kenyataan itu jelas memperlihatkan keengganan untuk bertindak, sekaligus mendedahkan sikap pasif beliau terhadap isu yang kini cuba dijadikan alat kempen politik.


"Kini, apabila isu ini dibangkitkan semula oleh Pas kami difahamkan Razman sendiri tidak diberi ruang bercakap kepada media, malah diletakkan di belakang tabir sepanjang kempen PRK Ayer Kuning.


"Oleh itu, kami menggesa Pas memberi laluan kepada Razman untuk sekali sahaja tampil dalam sidang media, dan jawab dengan jujur semua persoalan ini


"Kalau tiada apa-apa hendak disorok, beri ruang kepada YB Razman untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan ini. Rakyat berhak tahu jawapan daripada bekas Exco yang bertanggungjawab terhadap isu ini semasa di bawah kuasa beliau," katanya.


Salman berkata, perkara yang paling penting perlu diketahui rakyat bukanlah siapa yang paling lantang bersuara dalam isu ladang khinzir tetapi siapa yang berani bertindak sewaktu memegang kuasa.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page